Thursday, March 21, 2013

Mendengar Muzik Ketika Berlari Mampu Galakkan Kita Bersenam


Info Motivasi. Walaupun memenatkan, tetapi dengan iringan muzik, aktiviti berlari sememangnya menyeronokkan di samping memberikan motivasi kepada mereka yang ingin mengurangkan berat badan dang menjaga kesihatan.

Mendengar Muzik Ketika Berlari Mampu Galakkan Kita Bersenam

Kajian yang dibuat oleh Runner's World terhadap seramai 3,523 pelari di seluruh dunia mendapati bahawa seramai 73% daripada pelari tersebut lebih gemar berlari sekiranya ditemani dengan muzik.

Di samping itu, kajian saintifik yang dibuat oleh Profesor Andy Lane, seorang pakar psikologi sukan dari Universiti Wolverhampton juga menunjukkan bahawa muzik membantu meningkatkan lagi motivasi untuk banyakkan berlari.

Tambahnya lagi, kebanyakan orang akan memberi pertimbangan kepada lima perkara berkaitan muzik sebelum berlari iaitu rentak, genre, lirik, memori yang dibawa oleh muzik serta kompilasi lagu.

Dalam pada itu, Profesor Costas Karageorghis dari Universiti Brunei juga mendapati bahawa muzik bukan sahaja menggalakkan orang ramai untuk bersenam, malah, muzik yang disenangi membantu pelari dari banyak memberikan perhatian terhadap rasa sakit atau lenguh ketika berlari.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon