Saturday, March 09, 2013

Luarbiasa! Kapal Mendarat Tanpa Tayar Depan!


Jadual penerbangan di Lapangan Terbang Dublin di sini mengalami kelewatan selepas sebuah pesawat kargo mendarat tanpa tayar depan semalam.

Luarbiasa! Kapal Mendarat Tanpa Tayar Depan!

Tayar itu gagal berfungsi ketika ia mendarat menyebabkan landasan di lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup.

Pihak berkuasa Lapangan Terbang Dublin berkata, tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut.

Pesawat milik Bin Air itu membawa dua juruterbang dan kargo.

Ia menyebabkan muncung kapal terbang terjatuh di landasan sebelum berhenti.

Lima penerbangan terpaksa dilencongkan dan berpuluh-puluh lagi tertunda ekoran nahas tersebut.

–AP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon