Saturday, March 23, 2013

Kebaikan Itu Terasa Menyakitkan


Pernahkah anda mendengar seorang anak kecil sedang menangis kerana tidak mahu makan ubat yang diberikan oleh ibu bapa mereka? Ibubapa mereka memaksa anak kecil untuk memakan ubat demi untuk menjaga kesihatan anaknya.

Kebaikan Itu Terasa Menyakitkan
Gambar hiasan

Tetapi yang sebaliknya pula berlaku. Anak kecil ini meronta-ronta menangis dan marah kepada ibubapanya kerana memaksa memakan ubat yang pahit. Sehinggakan, ada yang menyebut "ibu jahat".

Pada pendapat Anda, adakah tindakan si ibubapa ini benar atau jahat?

Saya pasti jawapan anda semua sama dengan saya. Pasti tindakan ibubapa tersebut adalah benar kerana tidak wujud sama sekali untuk berlaku zalim terhadap anak kecil itu.

Tapi, mengapa anak kecil itu marah sedangakan perbuatan ibubapanya itu benar?

Saya juga percaya jawapan anda sama juga dengan saya, kerana anak kecil itu masih belum memahami dan mengerti tindakan tersebut adalah yang terbaik buat dirinya.

Kemampuan si anak kecil ini untuk berfikir dan memahami hakikat yang sebenar masih belum cukup untuk menyedari tindakan yang telah dibuat oleh ibubapanya sehingga kebaikan yang dilakukan dianggap keburukan untuk diri anak kecil tersebut.

Kelak, apabila anak kecil sudah dewasa, pasti dia memahami bahawa apa yang telah dilakukan oleh ibubapanya adalah yang terbaik buat dirinya.

Malah, berterima kasih pula kepada orang tuanya kerana menyembuhkan sakit yang dihadapi.

Semua kesakitan dan keperitan adalah untuk kebaikan anak kecil tersebut. Walau melalak dan menangis macam mana pun, ubat pasti ditelan dan jarum harus disuntik.

Semuanya demi sebuah kebaikan yang masih belum difahami pada ketika itu.

Ingatlah baik-baik ayat ini, kadangkala, kebaikan itu terasa menyakitkan. Sekarang, cuba kita perhati diri kita semula. Hitunglah keluhan-keluhan serta nada bantahan kita terhadapNya.

Tidakkah kita dilihat seolah-olah seperti anak kecil diatas?

BACA INI JUGA: Senarai Nama Anak Yang Dilarang Dalam Islam

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon