Sunday, March 17, 2013

Justin Bieber Mohon Maaf Selepas Hina Lindsay Lohan


Pelbagai masalah yang dihadapi oleh Justin Bieber membuatkan ramai yang berfikir, penyanyi muda itu perlu dihantar ke pusat pemulihan. Dan kerana perkara itu, Justin terus menyelar dakwaan tersebut.

Justin meminta maaf atas kekasaran bahasanya yang 
membuat perbandingan dengan Lindsay Lohan.

Menurut laporan The Sun, penyanyi kelahiran Kanada itu bertegas dia tidak akan masuk ke pusat pemulihan dan menolak dakwaan bahawa kelakuannya yang bermasalah seperti Lindsay Lohan, aktres yang mempunyai pelbagai masalah sosial.

"Jika ada yang berfikir saya akan ke pusat pemulihan, itu adalah satu perkara yang bodoh. Saya berusia 19 tahun dan mempunyai lima album yang hit. Selama saya berkembang dalam muzik, orang hanya menonton dan kemudian mengkritik setiap hari.

"Tetapi bagi saya apa yang dilakukan adalah luar biasa dan bagi yang membandingkan diri saya dengan Lindsay, cuba lihat dahulu hutangnya pada tahun 2012," katanya menerusi laman Instagram miliknya.

Sebelum ini Lindsay pernah dilaporkan bankrap gara-gara pelbagai hutang yang tidak dapat dilangsaikan. Selain itu pelbagai masalah yang dilakukan juga kepada aktres tersebut.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian selepas memuatkan luahan perasaan di Instagram, Justin meminta maaf pula atas kekasaran bahasa yang ditulis itu.

-mStar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon