Wednesday, March 20, 2013

Jika Tidak Mengambil Risiko Anda Akan Menyesal Seumur Hidup


"Dua Puluh tahun dari sekarang, anda akan menjadi lebih kecewa tentang perkara-perkara yang anda tidak lakukan berbanding perkara-perkara yang anda lakukan. Jadi leraikan simpulan, berlabuh pergi dari pelabuhan yang selamat. Ikut hala tuju angin timur dalam pelayaran anda. Teroka. Impikan. Ketahui".

Mark Twain

Ia sudahpun lebih 100 tahun semenjak novelis Amerika, Mark Twain menyebut kata-kata hikmat itu, tetapi apa yang benar ketika itu, kekal benar hari ini; Jika anda tidak mengambil risiko, anda akan menyesalinya.

Penyesalan menghantui anda. Penyesalan menyekat anda. Penyesalan merubah anda daripada seorang yang positif, aktif kepada seorang yang suka meneka sepanjang hayatnya.

Jangan dikuasai penyesalan. Lakukan perkara-perkara yang mencabar anda. Lakukan perkara yang menakutkan anda. Lakukan perkara yang membuatkan anda teruja.

Adakah anda risau yang anda mungkin tidak berjaya? Adakah anda berfikir yang anda mungkin malu untuk mengakui kepada setiap orang yang anda belum merealisasikan matlamat yang anda tetapkan? Fikirkan sekali lagi. Anda sendiri mungkin terkejut.

Dan walau bagaimanapun, tidakkah anda akan kecewa 20 tahun dari sekarang apabila anda merenung kembali dan menyedari bahawa anda tidak pernah bergerak langsung!

Menghabiskan masa anda memikirkan perkara-perkara yang anda tidak lakukan adalah seperti menghabiskan masa anda memikirkan sesuatu yang tiada.

Bukankah kehidupan anda lebih bernilai daripada itu? Bukankah kehidupan anda mempunyai nilai?

Jadi lakukan sesuatu. Kemudian lakukan lebih lagi.

"Berlabuh pergi dari pelabuhan selamat. Ikut hala tuju angin timur dalam pelayaran anda. Teroka. Impikan. Ketahui.

BACA INI JUGA: Percaya Tak, Ibu Kita Pembohong Besar!

-SENTIASAPANAS.COM

4 comments

  1. Agreed. kadangkala kita takut untuk mengambil risiko. Tapi kemudian menyesal..Hmm..

    ReplyDelete
  2. Betul...sepatutnya lebih berani mengambil risiko....
    nice sharing...

    ReplyDelete
  3. lebih baik mengambil resiko yang sedikit yah kang dari pada nantinya menyesal di kemudian hari :)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon