Wednesday, March 20, 2013

Bahaya Tekanan Hidup Bagi Para Wanita


Tekanan hidup adalah salah satu penyebab utama ketidakupayaan bagi wanita, iaitu kira-kira 25 peratus daripada wanita akan mengalami tekanan yang teruk pada tahap-tahap tertentu dalam kehidupan mereka.

Wanita Stress
Gambar hiasan

Tekanan sering menjadikan individu hilang kawalan diri dalam menangani tugas harian menyebabkan kerja di pejabat tertangguh atau lebih memburukkan keadaan ia membawa kepada kemusnahan hidup.

Wanita terutamanya, lazim dikaitkan dengan tekanan apabila mereka berada dalam tempoh berpantang sehingga menyebabkan kesihatan diri diabaikan seterusnya kesihatan terjejas teruk. Keadaan ini dikatakan meroyan.

Mereka yang mengalami tekanan perlu mempunyai kekuatan untuk bercakap dengan rakan baik atau bertemu pakar dalam bidang berkaitan.

Anda juga boleh membina persekitaran sosial sihat, yang boleh membantu mengurangkan tekanan dialami.

Stres jika tidak ditangani dengan betul boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit dan memberi kesan buruk terhadap tubuh badan kita.

KESAN BURUK STRES

Berikut adalah antara kesan-kesan stres terhadap fizikal dan mental jika kita tidak pandai mengurus stres dengan baik:

1. Sering lupa dan susah fokus

Stres boleh menyebabkan kita sering lupa dan susah untuk fokus. Ini kerana apabila stres, kita sering hilang fokus untuk memberi tumpuan terhadap perkara lain yang terjadi di sekeliling.

Masalah ini bukan sahaja memberi impak negatif terhadap kehidupan seharian, malahan prestasi kerja juga boleh merosot jika kita susah fokus untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan.

2. Insomnia

Insomnia adalah masalah ketidakupayaan manusia untuk tidur pada waktu malam. Penghidap insomnia seringkali menghadapi masalah tidak dapat tidur pada waktu malam, dan akan mengalami keletihan pada hari berikutnya.

Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada insomnia, namun salah satu punca insomnia adalah stres. Apabila stres, otak manusia akan lebih aktif daripada biasa.

Mereka yang menghadapi stres tidak boleh berhenti untuk berfikir walaupun pada waktu di mana tubuh badan mereka sepatutnya rehat, apabila tubuh kurang mendapat rehat, maka ia akan menjadi lesu pada hari berikutnya.

3. Sakit kepala

Sakit kepala yang berpunca daripada stres juga dikenali sebagai sakit kepala akibat pengecutan otot yang berlaku daripada tekanan emosi atau ketegangan fizikal.

Sakit kepala ini boleh berlaku sekali atau berulang-ulang dalam seminggu bergantung kepada tahap emosi mereka yang stres.

4. Penyakit jantung

Hormon berperanan penting untuk memastikan keremajaan dan kualiti kesihatan seseorang. Hormon juga adalah bahan kimia yang dihasilkan oleh kalenjar endokrin yang memiliki kesan tertentu kepada aktiviti organ lain dalam tubuh.

Terdapat pelbagai kajian yang menunjukkan kaitan antara ketidakseimbangan hormon dan kanser payudara. Walau bagaimanapun, ketidakseimbangan hormon boleh diatasi dengan menjaga pemakanan anda.

Oleh itu, hidangan makanan perlu diiringi protein, karbohidrat dan lemak yang seimbang. Antara amalan pemakanan yang boleh anda lakukan adalah makan ikan yang tinggi dengan lemak Omega-3 seperti salmon dan sardin, minum teh hijau yang tinggi anti-oksida, dan gunakan lemak sihat seperti minyak kelapa dan minyak kelapa sawit semasa memasak.

5. Sistem penghadaman terganggu

Stres yang kronik boleh mengganggu sistem penghadaman manusia. Simptom seperti mual, perut berangin, makanan susah untuk dihadam boleh jadi berpunca daripada stres. Sekiranya kita menghadapi simptom ini, pastinya kualiti kehidupan dan kesihatan terjejas.

6. Emosi tidak stabil

Emosi yang tidak stabil adalah salah satu kesan negatif yang terjadi disebabkan stres. Mereka yang menderita akibat stres tidak mampu menyelesaikan masalah walaupun ia hanyalah masalah kecil.

Selain itu penderita juga akan sering rasa cemas dan mudah risau tentang perkara-perkara kecil. Mereka yang menghadapi stres akan mudah berasa kecewa, cepat naik darah dan mudah marah.

Kesan ini bukan sahaja boleh memberi impak negatif dalam pekerjaan, malahan hubungan dengan rakan dan keluarga juga boleh terjejas disebabkan emosi yang tidak stabil.

Jadi, kepada wanita-wanita diluar sana, banyak-banyakkan bersabar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon