Wednesday, March 06, 2013

Bagaimana Bermulanya Sejarah Kaum Suluk (Tausug)?


Kaum Suluk atau Tausūg berasal daripada Kepulauan Sulu dan Borneo (Sabah) sejak zaman Kesultanan Sulu lagi. Kaum Suluk ini menggunakan bahasa Tausug sebagai bahasa pertuturan.

Tausug

Agama rasmi yang dianuti adalah agama Islam. Kaum Suluk ini juga mempunyai budaya yang unik dan tersendiri. Antara contoh yang popular adalah pakaian tradisionalnya iaitu Kuput (kupot), sablay, samrah dan betawi.

Masyarakat Malaysia kurang mengenali siapa sebenarnya suku kaum Suluk yang terdapat di Sabah itu. Orang Suluk tidak memanggil diri mereka Suluk melainkan menggelar diri mereka Tausug yang secara 'harfiahnya' membawa maksud "Orang dari Sulu".

Suluk di Negeri Sabah tertumpu di kawasan Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak, Kudat dan Kota Kinabalu.

Perkampungan awal orang Suluk yang masih boleh dilihat sehingga hari ini ialah Pulau Tambisan yang mana masyarakat Suluknya dominan mengamalkan cara hidup orang Melayu.

Namun bahasa seharian menggunakan Bahasa Suluk yang bukan sahaja dituturkan oleh penduduk kampung keturunan Suluk malah turut dituturkan dengan fasih oleh suku etnik yang lain seperti Brunei, Kagayan, Bugis, Jawa, Cina dan Arab.

Pulau Tambisan telah melahirkan pemimpin yang di Negeri Sabah antaranya Yang Dipertua Negeri Sabah ke-10 Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin, YB. Senator Datuk Hajjah Armani Haji Mahiruddin, Mantan Timbalan Speaker Dewan Negara Malaysia dan Allahyarham Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan (Tawau).

Menurut cerita lisan, Almarhum Sultan Jalaluddin Pablo adalah antara tokoh yang membuka perkampungan di Pulau Tambisan bersama-sama dengan ulamak Arab.

Kaum Suluk adalah majoriti di kepulauan Sulu dan bahasanya Bahasa Sug adalah bahasa perantara atau lingua franca sebelum era kesultanannya lagi hingga kini.

Kaum Tausug atau Suluk berasal dari rumpun Melayu-Austronesian (Polenesian) sebagai mana masyarakat Nusantara di sekitarnya.

Bahasa Sug yang mereka tutur adalah mirip bahasa Melayu lama bercampur bahasa Arab dan bahasa etnik lain di sekitar Mindanao.

Mengikut sejarah, bahasa asal Suluk sebenarnya adalah dari bahasa asal Orang Tagimaha (Taguima dari Basilan).

Mengikut sumber dari Salsilah Sulu yang dicatat oleh pencatat sejarah Najeeb Saleeby dalam bukunya The History Of Sulu (Manila: 1908), suku kaum Tausug ini dan bahasanya berasal dari beberapa etnik yang bergabung iaitu Buranun, Tagimaha, Baklaya, Orang Dampuan dan Orang Banjar.

Suku kaum Buranan atau Bud anun yang bererti otang bukit adalah salah satu sub etnik ORANG DAYAK yang mendiami kepulauan Sulu.Suku kaum Buranun telah dislamkan oleh Sharifful Hashim dan orang-orang Bajau yang mengiringi Shariful Hashim dari Johor dan orang-orang Taguimaha, nenek moyaang orang-orang Bajau Yakan yang mengiringi Raja Baguinda dari Pulau Basilan.

Mereka berhijrah ke kepuluan Sulu sehingga terbentuk satu masyarakat yang dikenali sebagai masyarakat Tausug.

BACA INI JUGA: Jamalul Kiram III Khianati Bangsa Tausug?

Sumber: Wikipedia

4 comments

  1. terlalu banyak SULTAN....begitulah nasib WILAYAH BUANGAN...Filipina x iktiraf, Malaysia (Sabah) pun x terima....

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon