Wednesday, March 06, 2013

Asal-usul Istilah Kaum Suluk (Tausug)


Tausug berasal dari dua suku kata "Tau" (sebut Ta'u) bermaksud "orang" dan "Sug" bermaksud "Arus". "Orang Arus" maka bolehlah diertikan sebagai orang yang menongkah arus atau orang yang pekerjaannya ada kaitan dengan pasang surut air laut.

Tausug

Kita mengetahui kepulauan Sulu terdiri dari ratusan pulau yang mana pekerjaan penduduknya adalah nelayan dan memungut hasil laut seperti mutiara, agar-agar laut, gamat serta menjalankan perniagaan secara Barter antara Borneo Utara (Sabah) dan Zamboanga dan lain-lain kawasan di Nusantara.

Bahkan sebahagiannya menjalankan aktiviti di luar kawalan iaitu aktiviti pelanunan di sekitar perairan Laut Sulu hingga ke Laut Sulawesi dan Laut China Selatan.

Maka jelaslah asal gelaran "Orang Arus" itu sesuai dengan kehidupan harian masyarakat Tausug yang menjadikan lautan sebagai sumber kehidupan mereka.

Kata "Sulog" atau Sulug pula berasal dari bahasa Bajau yang bererti arus. Justeru itu sebutan Sulog/Suluk sebenarnya dari kosa kata orang-orang Bajau yang menggelar suku bangsa gabungan beberapa sub-etnik ini sebagai orang sulog ataupun orang arus.

Orang-orang Bajau yang mengiringi Raja-raja Minangkabau-Johor seperi Raja Baguinda (Sulu), Sharriful Hashim (Sulu ), Sharif Alawi, Sharif Kabungsuan (Mindanau) dan Sharif Ali (Brunei)atau dikenali sebagai SHARIFF PITUH atau Wali Tujuh telah bergabung dan sama-sama mengharungi arus lautan yang akhirnya bertemu di Pulau Sulog yang ertinya Pulau Arus.

Oleh itu, orang-orang yang mendiami Pulau ini dikenali sebagai Tau-Sug atau orang arus dan Pulau yang mereka diami dikenali sebagai Pulau Sulog atau Pulau arus.

Satu lagi tafsiran dari perkataan Tausug ialah "Tau Maisug". "Maisug" bermaksud pemberani iaitu "Orang Yang Berani".

Sebagaimana Spanyol mengakuinya begitu juga tentera Amerika Syarikat malah Ferdinand Marcos sendiri bermatian memerangi kaum ini dengan mengistiharkan undang-undang tentera di Mindanao dan Sulu.

Sebab itu gelaran "Juramentado" (Berani Mati) adalah gelaran Sepanyol kepada Tausug. Salah satu dari bukti keberanian orang Suluk ini ialah seperti yang dinyatakan oleh Prof. Cesar.

"Perwira-perwira Islam yang setelah menjalani upacara "keagamaan" dan menunaikan sembahyang semalaman dengan pendeta (Guru Agama) pada esok harinya akan menyerbu dan menyerang pelanggar-pelanggar Kristian dengan keazaman membunuh seberapa ramai musuh dan mereka ini tidak dijangkakan akan pulang dengan selamat. Harapan yang tinggi bagi perwira-perwira yang sanggup berkorban ini untuk mendapatkan balasan syurga"

Suluk. Masyarakat Melayu Borneo Utara (Sabah) dan Kalimantan termasuk juga Brunei menggelar kaum Tausug sebagai orang Suluk. Penulis berkeyakinan bahawa panggilan “Orang Suluk” terhadap kaum Tausug ini oleh masyarakat Melayu itu berdasarkan dua sebab.

Pertama: Perkataan “Suluk” terhasil dari dua perkataan Sulu dan Sug. Oleh kerana masyarakat Melayu sendiri sukar menyebut “Sug” itu dengan sebutan yang betul maka lidah pelat orang Melayu tentu menyebut “Sug” itu dengan sebutan “Suk”, maka hasilnya kita akan lihat kemudian tergabungnya perkataan Sulu + Suk, yang membawa pengertian orang Sug di Sulu atau Suluk.

Orang Melayu Brunei adalah yang terkenal menggelar Orang Tausug ini sebagai Suluk seperti yang terdapat dalam buku Tarsilah Brunei. Kesukaran orang Melayu menyebut perkataan ‘Tausug’ itu diganti dengan sebutan yang sesuai pada lidah mereka iaitu Suluk.

Kedua: Perkataan Suluk itu juga adalah berasal dari bahasa Orang Bajau iaitu dari kata Sulog (disebut Sul-og) yang bererti ARUS.

Orang-orang pelaut dari Johor (Bajau/Orang Laut/Orang Bajo/Orang Selat),orang Dampuan ( dari Champa ), orang Bakhlayas ( orang Wajo/Bajo dari Sulawesi ), orang Taguimaha ( Orang Dayak ( Bajau Yakan ) dari Basilan ), orang Banjar ( orang Dayak dari Kalimantan )dan Orang Buranun/Bud Anun ( orang-orang suku Dayak Bukit di Kepulauan Sulu dan Borneo ) yang kebanyakannya adalah pelaut/pelayar yang belayar jauh menongkah arus yang semuanya berasal dari Sul-Log (ARUS).

Suku bangsa gabungan ini akhirnya dikenali sebagai SULOG atau orang arus dan dikenali juga dengan sebutan TAU-SUG ( dari perkatan bahasa suluk yang ertinya ORANG ARUS).

Perkataan SULOG akhirnya perlahan-lahan berubah kepada sebutan SULUK akibat perbezaan sebutan loghat suku bangsa gabungan ini.

Istilah SULOG juga akhirnya bertukar ke istilah SULUKapabila perkataan Sulog itu dimelayukan akibat Kegemilangan Bahasa Melayu yang menjadi Lingua-Franca Serantau di Nusantara terutamanya di Zaman Keagungan Kesultanan Brunei yang menggunakan bahasa Melayu Brunei.

Justeru itulah semua suku bangsa yang menuturkan Bahasa Melayu di Nusantara menyebut istilah dan perkataan SULUK/SULOK untuk merujuk orang Suluk atau orang arus atau orang dari Kepulauan Sulu.Perkataan SUG pula disebut SUK oleh orang-orang Bajau.

Orang-orang Suluk dikenali sebagai Bangsa SUK. Kata SUK berasal dari kata SUD dalam istilah orang-orang Bajau dan Suluk yang bererti MASUK. SUK pula berasal dari perkatan MASUK dari bahasa Melayu.

Oleh itu kata SUK itu digunakan untuk merujuk suku bangsa-suku bangsa 'ORANG ARUS yang MASUK BERGABUNG MENJADI SATU di Kepulauan ARUS atau Kepulauan SULOG/SULOK/SULUK.

Ketiga: Perkataan ‘Suluk’ berasal dari istilah ilmu Tasawwuf. Tasawwuf adalah sebahagian dari ilmu Islam yang sangat mendapat perhatian terutamanya di sekitar Nusantara.

Di dalam Islam ia juga dikenali sebagai ilmu Ihsan. Bersuluk bermaksud orang yang menyibukkan dirinya dengan zikrullah (mengingat dengan menyebut nama Allah swt sebanyak-banyaknya) di satu tempat tertentu.

Manakala dari kata jamaknya ‘Salik’ iaitu seseorang yang menempuh jalan bersuluk mendekatkan diri kepada Allah swt mengikut kaedah Tasawwuf, membersih atau memurnikan rohaninya dengan menjadikan Allah swt sahaja sebagai tujuan hidup dan matinya.

Seorang khalik yang telah mengenal Rabbnya maka tiada yang wujud dalam pandangannya melainkan kewujudan Allah swt al-khalik pendek kata hatinya dipenuhi oleh kebesaran Allah swt.

Sebab itu orang Suluk ini ketika sampai di kemuncak kerohaniannya akan terjun ke medan perang setelah panggilan jihad kedengaran kerana tujuannya hanyalah Allah swt semata.

Ilmu Suluk ini semestinya dipimpin oleh para syeikh yang arif billah. Para syeikh atau guru inilah yang mencetak para mujahid kearah jihad fisabilillah yang digeruni pihak musuh. Prof. Cesar Adib Majul berkata:

“..tetapi kepada mereka atau para pendeta (Guru Agama) yang mempersiapkan mereka untuk menjalankan tugas tersebut, mempertahankan dar ul-Islam adalah suatu tanggungjawab yang agung. Bagaimanapun, kepada orang-orang Islam Sulu patriotisme dan Islam sangatlah erat hubungannya”.

Maka dapatlah disimpulkan perkataan Suluk itu secara harfiahnya bermaksud orang Islam Sulu yang berpegang kuat dengan ajaran Islam dan sanggup berkorban nyawa demi agama, maruah bangsa dan tanah air tercinta.

BACA INI JUGA: Bangsa Yakjuj dan Makjuj Yang Tinggal Diantara Dua Pergunungan

Sumber: Wikipedia

3 comments

  1. Assalamu alaikum w.w. Bahasa melayu bukanlah bahasa perantara negeri Sulu Sarawak Brunei Dan Sabah. Kemasukan bahasa melayu ke negeri negeri tersabut adalah selepas masuk ke dalam perlembagaan Malaysia. Oleh sebab Sulu Brunei Sarawak Bolongan Kalimantan Dan Sabah tidak termasuk dalam tanah Melayu dalam sejarah. Yang di sebut (lingual franca) di negeri negeri tersebut ialah bahasa Sug. Buktinya ninik moyang orang sungai dayak idaan bajau banjar tidung iranun Dan sebagainya itnik itnik yang menduduki negeri negeri terse but is pendai berbahasa tausug. Bukan pandai berbahasa Melayu. Says masi ingat pada tahun 80an masih banyak nenek nenek mereka pandai bertausug bukan pandai berbahasa melayu. Oleh sebab tiada Malaysia sebelum tahun 1963, Inilah tahun kemasukan bahasa melayu ke negeri negeri tersebut . ingatlah kesetuan tanah melayu pads ketika itu ia hanyalah meliputi semananjung Malaya Sumatra Dan kepulauan jaws. Tidak lagi termasuk selawisi Dan irian jaya yang di bawah pemerintahan did raja Makasar. Tolonglah jangan putar belitkan sejarah.

    ReplyDelete
  2. Dusun... Sebenarnya siapa yang di katakan orang Dusun?... Yang sebenarnya orang Dusun menduduki tanah tanah @ negeri nrgeri naungan kesultanan Sulu ialah orang orang Buranun dan Gimbahanun. Faktanya... Perkataan Dusun adalah Bahasa Malaysia yang baru di perkenanal tahun 1963 selepas perlembagaan. Sebelum 1963 tiada bahasa Malaysia, jadi kemunculan Dusun adalah bersamaan memasukan Bahasa Malaysia ke negeri Sabah... Satu lagi pertanyaan yang amat besar ialah ( mengapa penamaan Keatas bengsa mereka Dusun ini di petik dari Bahasa Malaysia?) Malah pertuturan bahasa Dusun ini bukan juga bahasa Melayu... (Wajar ke bangsa lain yang menamakan bengsa sendiri?) Penamaan Bajau di petik dari bahasa Bajau, penamaan Buranun, Gimbahanun di petik dari bahasa Sug sendiri stay Suluk, mengape penamaan ke atas bangsa Dusun di petik dari bahasa asing daripada bahasa yang di tuturinya? yang baru di pelajari para masyarakat Sabah, brunei, dan Sarawak selepas perlembagaan, ini ke orang asli Sabah?

    ReplyDelete
  3. bahasa suluk adalah bahasa melayu lama, bahasa melayu lama ini hampir mirip dgn bahasa dayak banjar brunei suluk, inilah bahasa di tanah borneo dan mirip dari bahasa melayu johor dn sebenarnya mirip kepada bahasa sanskrit yg jgk mirip kepada bahasa latin maka pengunaan bahasa melayu kuno ada hasil tempias ketamadunan. org dusun tidak mengelar diri mereka dusun melainkan kerajaan brunei yg menamakan mereka dusun disebabkan mereka hidup bercucuk tanam

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon