Tuesday, March 19, 2013

Apabila Bersuara, Adakah Anda Menegur Atau Mengutuk?


Info Motivasi. Firman Allah ta'ala yang bermaksud: "Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik..." (Surah An-Nahl: 125)

Apabila Bersuara, Adakah Anda Menegur Atau Mengutuk?
Kalau nak menegur tu kena tau apa masalah sebenarnya. Dan kalau kita ni akal hanya sejengkal, lebih baik la lupakan kerja nak menduga lautan seluas Atlantik, ukur lilit perut pun belum tentu lepas.

Kenapa? Sebab ramai yang cepat melatah, bila cepat melatah orang akan melalut, bila melalut dia akan anggap diri dia paling hebat dan masa tu dia akan rasa kalau dia kutuk orang tu mesti dia akan jadi 1000x lebih hebat dan boleh dianggap LEADER la kononnya.

OMG... instead of making other people looks guilty, you make yourself looks like a totally idiot.

Kasihan. Boleh nak menegur, tak salah pun, teguran tu bagus, tapi lagi bagus kalau yang menegur tu gunakan akal, bukannya menyembur sesuka hati.

Bila kita memalukan orang lain, secara automatik kita akan rasa HERO. Tapi itu ketika teguran, bila dinilai balik teguran itu, kalau asasnya betul ok lah, kalau kita sembur sebab orang lain suka dengan secara automatik jugak kita jadi macam anjing menyalak bukit.

Apa yang disalak pun orang lain tak tahu, tapi terus nak menyalak, bukit tu buat tak tahu je. Bukankah itu namanya memalukan diri sendiri?

Rasulullah s.a.w bersabda,"Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan, maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan".

Jadi adalah jelas dalam hadis di atas ini bahawa untuk membuat teguran, kita mesti fikirkan dahulu manfaatnya terhadap diri sendiri, diri yang nak ditegur dan juga orang lain yang mendengar.

Tiada gunanya kita mengutuk kesilapan orang andai tiada membawa manfaat langsung kepada sesiapa termasuk diri sendiri.

Tak ada gunanya jugak kita nak menunjukkan betapa hebat kita ni dengan menggunakan perkataan-perkataan yang merapu dan menghina untuk menegur. Memalukan diri sendiri!!

Tapi sebagai manusia, sebagai orang Malaysia, yang disifatkan sebagai kaya dengan adat dan adab, tegur-menegur itu adalah seharusnya dilakukan antara satu sama lain.

Teguran itu bukan setakat untuk memperbetulkan orang, malah untuk menginsafi diri sendiri juga. Gunakan cara yang betul untuk menegur, tegur-menegur untuk menambah kenalan dan beramah mesra, bukannya untuk mengutuk, menghina, merendah-rendahkan taraf orang lain.

Jangan tegur untuk bangga diri, menunjuk-nunjuk, dan memecah-belahkan silaturrahim.

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon