Info Motivasi. Bercakap pasal masa depan, ada sesetengah orang yang terlalu takut berdepan dengan masa depan.
Ada yang takut nak keluar dari rumah, ada yang takut nak sambung belajar, ada yang takut nak jumpa orang, ada yang takut nak kenal orang, dan jangan terkejut sebab ada yang takut nak jadi dewasa (malas nak kerja, malas nak pegi tempat kerja, malas nak kahwin, malas nak ada anak, malas nak bercucu, malas itu, malas ini, dsb).
Dan semua benda tu sebenarnya berkait rapat dengan takutnya orang kepada masa depan. Takut keluar rumah sebab depan rumah ada longkang, nanti jatuh.
Takut jumpa orang sebab orang sekarang tak boleh percaya, mana tau pembunuh. Takut nak pergi sekolah sebab dengar dari jiran sebelah anak dia kena cubit sebab tak siap kerja yang cikgu bagi. Takut nak bercinta sebab dulu dah pernah putus cinta, sakit macam nak mati. Takut nak makan ikan sebab ikan banyak tulang.
Senang cerita, kalau penakut sila gali lubang dalam-dalam dan duduk dalam tu tak payah keluar!
Hidup ni ada cabaran dan pelajaran setiap hari, bomoh tilik mana yang berani ramal tarikh mati kita? Dukun siam mana yang berani bagitahu apa akan jadi pada jam 6.05 pagi esok di Burma?
Pawang mana yang berani bagitahu nasib esok hari, lusa hari, tulat hari, dan hari-hari? Jadi jangan pandai-pandai berani-berani nak jadi bomoh, jadi dukun, jadi pawang yang boleh ramal apa akan jadi di masa depan.
Semalam, hari ini dan esok?
Semalam merupakan sejarah dalam hidup setiap orang. Semalam tu merangkumi dari bangun tidur, sapu muka, gosok gigi, mandi, pakai baju, makan, jalan-jalan, kerja, jumpa orang, cakap-cakap, melompat, merapu, menulis, dll.
Senang cerita sejarah tu akan berlaku atas setiap apa benda yang pernah kita buat walaupun baru 2 saat tadi.
Peristiwa hari ini pulak, yang sedang kita buat, bakal menjadi sejarah untuk hari esok, 3 minit lepas, 3 saat lepas, dan akan tetap jadi sejarah.
Hari esok merupakan satu cabaran baru dalam hidup, terpulang kepada kematangan kita untuk hadap hari esok walau seberat mana, walau sesusah mana, walau seperit mana kita bakal jangkakan.
Askar yang berperang akan tetap keluar berperang walaupun tahu dia bakal dihujani peluru, dan seorang model akan tetap keluar bekerja walaupun tahu dia akan hanya tersenyum depan kamera.
Jadi seberapa yakin kita dengan hari esok? Macam mana kalau askar tu keluar je dah merdeka macam cerita Sarjan Hassan tu? Macamana kalau model tu tiba-tiba kena electric shock macam cerita CSI?
Takada seorang pun yang tahu apa akan jadi esok, jadi jangan senang-senang dengan mudah nak letak penghakiman.
Pengalaman, masa depan...
Melalui sejarah samada hari semalam, dua hari lepas, minggu lepas, bulan lepas, tahun lepas, kurun lepas, zaman firaun, tahun gajah abrahah, kita boleh belajar untuk menghadapi masa depan.
Pengalaman mengajar dan mendewasakan kita, tidak dinafikan kenyataan itu. Namun ada jugak pengalaman yang tak mendewasakan seseorang, bukan salah pada sejarah tapi pada cara pemikiran dan tanggapan orang yang mengalaminya.
Ada yang menganggap apa yang pernah terjadi, kalau jumpa pada masa depan hal yang hampir-hampir sama mungkin akan jadi benda yang sama.
Ini betul punya bomoh, boleh nampak masa depan. Sepatutnya kalau kita pernah jumpa hal yang pernah terjadi sebelumnya, kita jadi matang dan boleh fikir macamana nak hadapi hal tu, bukannya mengelak.
Mengelak tanda takut, jadi jangan jadi penakut. Orang yang takutkan masa depan disebabkan pengalaman yang lalu, maknanya orang yang langsung tak belajar dari pengalaman itu sendiri.
Jadi sepatutnya kena teruskan jugak dengan kehidupan, jangan hiraukan masa lalu tapi ubah masa depan jadi lebih baik.
Biar masa yang tentukan...
Masa akan tetap berjalan walaupun kita makan, tidur, hisap rokok, garu belakang, mandi atau apa sahaja yang kita buat, masa tu dah cukup letih berjalan tak henti-henti.
Jangan terlalu mengharapkan masa sedangkan diri malas berusaha. Memang hari esok akan tetap datang tapi seberapa bersedia kita dengan pengalaman yang dah ada ni?
Jadi jangan terlalu bergantung kepada masa, takut nanti yang dinanti tak sampai-sampai sebab hari esok kita tak tahu apa akan jadi.
Hit the iron while it still hot, maknanya gunakan peluang yang ada tu sebaik mungkin, ambil kesempatan jangan terlalu leka.
Entahlah..
Orang dah pergi mekah naik kapal terbang, kita masih nak naik unta. Orang dah berani redah masa depan, kita masih lagi hidup dalam bayang-bayang silam dan salahkan orang masa depan.
Jangan terlalu takut dengan masa depan, akan sentiasa ada orang yang boleh bagi nasihat dalam menempuh masa depan tu, nak risau apa?
Ok, belum bersedia boleh terima, tapi sila salahkan masa depan lagi bila satu hari nanti orang yang ada tu dah hilang tak jumpa lagi.
Sila salahkan masa depan sebab itu la yang tengah dibuat sekarang, salahkan semua kat masa depan. Nanti esok orang cakap itu ini macamana? Nanti esok orang anggap itu ini macamana? Nanti esok orang kata itu ini macamana?
Semuanya esok, esok dan esok. Esok tu memang pesalah mandatori, jadi sila salahkan esok sahaja, salahkan masa depan.
Grow up, you have more than you think you have.
-SENTIASAPANAS.COM