Sebuah restoran pelik yang terletak di Jepun menyediakan menu masakan yang berunsurkan tanah dan lumpur.
Setiap sajian menu yang dihidangkan akan ditambah dengan "perasa" tersebut sehinggakan pelanggan yang datang makan kadangkala tidak menyedari adanya tanah dan lumpur dalam makanan tersebut.
Restoran makanan Perancis tersebut dikatakan menyediakan menu yang dicampurkan dengan lumpur dan tanah bermula dari appetizer hingga ke dessert dan juga minuman yang disediakan.
Bagaimanapun anda tidak perlu risau kerana bahan-bahan (tanah dan lumpur) yang dicampurkan ke dalam menu tersebut sudah diuji tahap kebersihan dan disahkan bersih untuk dimakan.
Seorang wartawan yang datang sendiri ke restoran Ne Quittez Pas, Gotanda, Tokyo itu memaklumkan bahawa dia tidak merasai langsung bahawa adanya tanah mahupun lumpur di setiap menu yang dirasainya itu.
Dia yang memesan menu pink watermelon champagne, potato starch and dirt soup, salad with dirt dressing dan juga dirt ice cream merasa sangat berpuas hati sekali dengan menu yang dihidangkan oleh restoran tersebut.
"Istimewa! Tiada rasa tanah sama sekali" ujar Jessica.
"Saya datang untuk merasai menu yang dihidangankan bersama tanah, tapi rasa tanah yang saya harapkan terlalu sedikit di dalam menu makanan sehinggakan saya terlupa bahawa ada tanah di dalamnya."
Bahan tanah tersebut dikatakan tidak terasa kerana lumpur tersebut diambil daripada kompos kopi dan serat yang biasanya dibuang begitu saja sebelum chef Toshio Tanabe mendapat idea menghasilkan menu makan malam, minum petang, tengahari daripada tanah dan lumpur itu.
[Sumber]