Monday, February 18, 2013

Teka-teki Imam Al-Ghazali Yang Menginsafkan Kita


Pada suatu hari, Imam Al-Ghazali yang sedang berkumpul dengan murid-muridnya, lalu beliau bertanya suatu pertanyaa yang berupa satu teka-teki;

Teka-teki

Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?

Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat

Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah S.W.T bahawa “setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185).

Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?

Murid 1 = China
Murid 2 = Bulan
Murid 3 = Bintang
Murid 4 = Matahari

Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Apakah yang paling besar didunia ini?

Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi

Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling besar sekali adalah HAWA NAFSU. Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka (Surah Al-A'raf:179).

Apakah yang paling berat didunia?

Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah

Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling berat sekali adalah MEMEGANG AMANAH.

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini.

Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah. (Surah al-Azab:72).

Apakah yang paling ringan di dunia ini?

Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun

Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid-murid dengan serentak menjawab: Mata pedang!

Jawapan itu benar, tetapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

BACA INI JUGA: Misteri Di Sebalik Nama HAMAN Dalam Al-Qur'an

Sumber: panduanpercuma

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon