Thursday, February 07, 2013

Rahsia 6 Jenis Perasaan Yang Mempengaruhi Manusia


Adakah anda punya perasaan dan emosi? Sebagai manusia yang normal, maka anda pasti mempunyai perasaan.

Rahsia 6 Jenis Perasaan Yang Mempengaruhi Manusia

Perasaan manusia ini wujud hasil daripada beberapa faktor. Salah satu faktor adalah oleh sebab keadaan fizik yang mempengaruhinya.

Sebagai contoh: Ada beberapa penyakit kronik yang mempengaruhi perasaan tertentu sepanjang waktu.

Ilmu perubatan dari China menjelaskan bahawa terdapat 6 emosi atau perasaan yang dialami oleh manusia. Ia mengatakan bahawa sekiranya salah-satu daripada perasaan ini muncul sepanjang waktu dan lebih dominan (menguasai diri) berbanding dengan perasaan lain, maka kemungkinannya perasaan itu menandakan adanya penyakit dalam tubuh seseorang.

6 perasaan yang menandakan adanya penyakit adalah seperti berikut:

Gembira dan kegirangan

Meskipun biasanya perasaan bahagia menunjukkan keadaan jiwa yang sihat, kegembiraan yang berlebihan atau euforia dapat menunjukkan keadaan fizikal dan mental yang tidak sihat. Seseorang yang selalu tampak girang sepanjang waktu berisiko mengalami gangguan jantung atau paling tidak yang lebih masuk akal adalah gangguan mental.

Gelisah dan resah

Menurut ilmu perubatan China, rasa panik dan gelisah yang muncul sepanjang waktu juga berhubungan dengan kesihatan jantung. Terlebih jika kegelisahan itu disertai gejala-gejala seperti palpilasi (palpitations) atau jantung berdebar dan peluh dingin.

Risau

Seseorang yang selalu merasa risau kemungkinan menghadapi masalah dengan kelenjar limpa yang tidak berfungsi sebagaimana mestinya. Gejala lain adalah nafsu makan berkurang, anggota badan terasa lemah, perut kembung dan menstruasi (haid) tidak teratur.

Sedih dan pilu

Masalah pada sistem pernafasan terutama paru-paru boleh membuat seseorang nampak selalu sedih sepanjang hari. Kebetulan, serangan asma dan radang tekak cenderung juga lebih sering terjadi dalam suasana duka, batuk-batuk lebih sering dialami orang yang hidupnya menderita.

Takut

Jika bukan kerana sifatnya yang memang penakut, seseorang yang selalu ketakutan mungkin punya masalah dengan ginjal. Kemungkinan lainnya adalah tekanan berlebih pada tulang punggung bahagian bawah, infeksi saluran kencing atau gangguan fungsi seksual.

Marah

Ilmu perubatan China mengenal energi Qi, yang jika mengalami peningkatan secara berlebih kesannya boleh membuat seseorang jadi lebih pemarah. Peningkatan energi Qi juga berhubungan dengan munculnya masalah pada hati, serta berbagai gejala seperti sakit kepala, pening dan mata merah.

Demikian 6 jenis perasaan manusia. Jadi apakah perasaan anda sekarang ini? Bosan? Opss... walaupun bosan berkaitan dengan perasaan namun ia tidak termasuk dalam kategori UTAMA perasaan manusia.

Berperasaan ini normal cuma jangan berlebihan dalam berperasaan nanti memakan diri. Cari sesuatu sebagai pengganti untuk mengubati perasaan anda, sebagai contoh jika anda sedih buat perkara yang dapat mengurang dan menghilangkan kesedihan anda.

Agama Islam pun ada mengajar umatnya untuk mengawal perasaan marah: Bila anda marah dalam keadaan berdiri, maka duduklah. Bila duduk masih marah, maka berbaringlah. Kerana Nabi Muhammad (SAW) pernah bersabda, maksudnya; Maka apabila salah seorang diantaramu marah dalam keadaan berdiri, duduklah, dan apabila dalam keadaan duduk, berbaringlah! ” (Riwayat Abu Daud).

Kesimpulannya, pendek kata: Kawal perasaan dan emosi anda, dan jangan biarkan emosi mengawal anda.

BACA INI JUGA: Bagi Pekerja Tidur 30 Minit, Terbukti Tambah Produktiviti

Sumber: Pelikbinajaib.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon