Wednesday, February 06, 2013

Ikan Terbesar Yang Pernah Ditangkap Manusia


Sukar untuk menentukan tangkapan ikan terbesar di dunia, kerana setiap jenis mempunyai keistimewaan tersendiri.

Walau bagaimanapun, di bawah adalah senarai tangkapan ikan-ikan besar yang pernah dicatatkan.

Whale Shark (Yu Paus)

Whale Shark (Yu Paus)

Ini jenis Yu Paus yang dilaporkan pernah ditangkap di sekitar Laut Mediterranean. Dengan panjang 7 meter haiwan ini adalah ikan jerung terbesar di dunia.

Catfish (Keli)

Catfish (Keli)

Terdapat juga ikan yang terbesar di dunia bagi jenis ikan keli. Terperangkap di luar pantai Thailand, ikan keli ini mempunyai ukuran panjang 2.7 meter.

Dan ini adalah rekod untuk ikan keli yang terbesar dalam sejarah pernah ditangkap oleh manusia. Tetapi malangnya ikan gergasi ini mati sejurus selepas ditangkap.

The giant squid (Sotong Gergasi)

The giant squid (Sotong Gergasi)

Seekor sotong telah ditangkap di sekitar lautan Artik dan sotong ini seberat 490 kg dengan panjang 6 meter. Ini adalah sotong terbesar yang pernah ditangkap di dunia oleh manusia sepanjang sejarah.

Fish Sea Bass (Sea Bass)

Fish Sea Bass (Sea Bass)

Ikan yang pernah ditangkap oleh pemancing ketika memancing di kawasan komersial di California San Quintin. Ikan ini seberat 180 kg. Malah ikan ini telah dinamakan sebagai ikan terbesar di dunia untuk jenis Sea Bass.

Beluga

Beluga

Ikan ini boleh mencapai usia sehingga180 tahun dan ikan itu boleh terus berkembang menjadi ikan yang lebih besar sehingga ia mati.

Beluga terbesar pernah ditangkap ialah 30 kaki panjang dan berat 6000 pound. Malah ikan ini menjadi ikan yang terbesar di dunia bagi jenis Beluga.

Stingray (Ikan Pari)

Stingray (Ikan Pari)

Ikan seterusnya yang paling besar di dunia ialah jenis ikan pari. Terperangkap di luar pantai Thailand, pari ini mempunyai berat sekitar 253 kg.

Ia mengambil masa yang lama dan kerja keras apabila orang-orang yang menangkap ikan ini cuba untuk mengeluarkannya dari air.

Goldfish (Ikan Kap)

Goldfish (Ikan Kap)

Goldfish pastinya sering kita lihat, dan ukurannya pun kecil. Dengan panjang badan sepanjang 10 kaki, ini merupakan ikan terbesar di dunia bagi jenis ini Carp (kap).

Ikan ini ditangkap disekitar perairan Asia Tenggara.

BACA INI JUGA: Ikan Yu Pelik Miliki Muka Seperti Manusia Di Turki!

sumber: kolambuyut

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon