Thursday, February 07, 2013

Giler! Kopi Tahi Gajah Berharga RM3,300 Sekilo!


Kopi ini dikatakan mempunyai aroma yang berbeza dan sangat unik jika dibandingkan dengan kopi-kopi biasa. Dihasilkan melalui proses penghadaman dan tindak balas dalam badan gajah tersebut, bau kopi ini dan aroma aslinya mampu menyengat anda.


Bagi pemungut tahi gajah, ini merupakan sumber rezeki yang sangat menguntungkan sekiranya dapat memungut tahi-tahi gajah yang baru sahaja 'dilepaskan' dari tubuh binatang tersebut melalui proses pencernaan. Mereka dikatakan sanggup menghabiskan masa dan tenaga semata-mata mahu mendapatkan tahi gajah untuk dijadikan kopi ini.

Masakan tidak, harga sekilogram tahi gajah mampu mencecah USD$1,100 (RM3,360) untuk sekilogram. Justeru, hanya penggemar yang benar-benar 'menghayati' aroma serta rasa kopi yang asli sahaja sanggup menghirup kopi termahal di dunia ini.


Baru-baru ini, hotel-hotel mewah di Thailand telah melancarkan penjualan kopi tahi gajah tersebut sebelum diikuti oleh Maldives dan terkini beberapa hotel mewah di Abu Dhabi turut melancar dan menawarkan pelanggan mereka untuk menikmati kopi tahi gajah tersebut.

Kopi ini dijangkakan mendapat saingan daripada satu lagi jenama kopi mahal dan terkemuka dunia yang juga melalui proses pencernaan binatang iaitu musang yang dikenali sebagai Kopi Luwak sebelum ini.

Menurut pencipta kopi tahi gajah ini, Blake Dinkin, dia telah menghabiskan sebanyak RM900,000 dalam proses mengembangkan idea dan melakukan kajian saintifik terhadap najis gajah ini. Kajian yang dilakukannya sebelum ini sangat berbaloi kerana akhirnya kopi mahal ini mampu dijual pada harga RM153.00 secawan.

Gajah-gajah ini diberi makan pelbagai makanan seperti pisang, tebu dan pelbagai lagi dalam menghasilkan kopi yang mempunyai 'aroma tersendiri' ini.

[Sumber]

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon