Tuesday, February 19, 2013

Ciri-ciri Penghidap Penyaki Anorexia Nervosa


Info Kesihatan. Anorexia Nervosa adalah satu keadaan dimana seseorang sengaja menghadkan pengambilan makanan dan lazimnya tidak mahu mengekalkan berat badan yang normal dengan ketinggiannya.(kekurangan berat badan yang teruk).


Masalah gangguan pemakanan ini lazimnya berlaku dikalangan golongan remaja perempuan. Apakah ciri-ciri individu yang mengalami masalah gangguan pemakanan ?

Ciri-ciri:
  • Tubuh badan menjadi terlalu kurus seperti jerangkung
  • Jari tangan seperti pencakar
  • Muka cengkung
  • Mata seperti mahu terkeluar
  • Sakit ketika berbaring kerana hanya tinggal tulang dan menyukarkan pergerakan.

Gejala:
  • Terlalu mengambil berat tentang bentuk badan dan sering takut berat badan akan naik sedangkan berat semakin menurun
  • Terlalu ingin menjadi lebih kurus dan mempunyai imej serta persepsi diri yang salah
  • Merasakan diri gemuk sedangkan berat badan berada di bawah paras normal
  • Tiada nafsu makan, makan dalam jumlah sangat sedikit seperti hanya meminum air sejuk dan berasa bersalah setelah makan
  • Penurunan berat badan yang ketara
  • Kelihatan lemah dan tidak bermaya
  • Menganggap kulit dan daging yang melekat pada tubuh mereka sebagai lemak-lemak yang perlu disingkirkan.

Komplikasi:
  • Tidak datang bulan tiga bulan berturut-turut
  • Penurunan tekanan darah dan suhu badan yang drastik akibat lemak yang berkurangan
  • Kerosakan dan kegagalan organ tubuh seperti jantung dan ginjal untuk berfungsi sehingga akhirnya membawa kematian
  • Suka menyendiri, malu dan tidak mahu bergaul dengan orang lain kerana berasa serba tidak kena dengan bentuk badannya
  • Perubahan personaliti seperti merasa tidak yakin, rendah diri, hilang tumpuan, mudah tersinggung, cepat marah, kemurungan.

Tabiat makan yang mencurigakan:
  • Pura-pura makan tetapi sebenarnya makanan disembunyikan atau dibuang
  • Memotong makanan menjadi bahagian-bahagian kecil
  • Mengunyah makanan secara lambat-lambat
  • Kerap menghindari makan bersama keluarga.

-SP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon