Mengadu di laman sosial sudah menjadi begitu sinonim dengan masyarakat masa kini tanpa mengira subjek yang diperkatakan. Hhal ini berlaku apabila manusia terlalu bergantung kepada media sosial untuk berinteraksi meluahkan isi hati.
Kalau dulu-dulu, kita mengadu pada buku diari, tetapi sekarang mengadu di Facebook, Twitter dan sebagainya yang dikongsi dengan orang lain.
Kadang-kadang mereka terlupa hal keluarga sepatutnya beredar dalam keluarga sahaja bukan pada media dan bukan untuk tatapan orang lain kerana orang membuat interpretasi terhadap apa yang kita nyatakan.
Mengambil isu yang membabitkan penyanyi popular, Shila Amzah sebagai contoh, apa yang berlaku ekoran komunikasi terdesak.
Itu boleh kita katakan komunikasi terdesak. Tak fikir panjang.
Hal ini berlaku juga apabila kurangnya komunikasi keluarga dan ia tidak sepatutnya berlaku sehingga ke tahap ini.
Apa yang berlaku ini (isu Shila) adalah apabila perasaan sudah meletup. Dia tak dapat nak luahkan perasaan dan tak dapat berbincang dengan ibu bapa.
Shila telah berkongsi perasaannya di laman mikro Twitter dan Youtube serta e-mel sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Kemudian, dia dilaporkan hilang oleh ayahnya, ND Lala, setelah gagal dihubungi hampir seminggu.
Dalam pada itu, komunikasi antara keluarga sangat penting bagi mengelakkan perkara seumpama ini atau lebih teruk berlaku.
Itulah pentingnya ibu bapa berkomunikasi secara berkala dengan anak-anak. Mesti! Hubungi anak-anak dan anak-anak pula hubungi ibu bapa juga sekerap mungkin. Anak-anak pula jangan pendam perasaan.
Sekarang, sudah kurang aktiviti keluarga seperti makan bersama, berkelah atau berjalan-jalan bersama kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya dan anak muda sekarang pula memang nak berdikari.
Mungkin dia juga rasa diri sudah matang dan mahu berdikari dan tak memerlukan ibu bapa.
Malangnya, itu tak betul. Sampai mati pun kita tetap memerlukan mereka.
Apabila mereka fikir sudah boleh berdikari, anak-anak akan membuat keputusan tanpa memikirkan implikasi terhadap tindakannya itu.
Ibu bapa dan anak-anak seharusnya berbincang apabila berlaku sebarang masalah.
Bersemukalah dengan anak-beranak, bincang balik. Kalau anak dan ayah tak boleh bersemuka, mungkin boleh cari saudara yang terdekat untuk menyatukan balik kerana ini hal keluarga.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com

- 6 Penawar Sakit Hati Terbaik Yang Diajarkan Rasulullah
- Waswas, Penyakit Pada Akal Manusia Dari Bisikan Syaitan
-Sentiasapanas.com