Tuesday, January 08, 2013

Restoran Yang Sangat Pelik Di Serata Dunia


Info Pelik. Peliknya kerana restoran-restoran ini lain dari yang lain samada dari segi reka bentuk mahupun tema. Jom layan.

Berbentuk Telur


Restoran yang terletak di China ini mempunyai hiasan dalaman berbentuk telur.

Tandas


Peliknya kerana menggunakan mangkuk tandas sebagai kerusi, serta meja dari sinki di bilik air. Restoran bertemakan tandas ini terletak diwilayah Guangdong, selatan China.

Kren


Restoran yang terletak di Brussels Belgium ini menggunakan kren, setinggi 50 meter dan terletak di bandaraya tersebut.

Tanpa Lampu


Restoran tanpa lampu sememangnya pelik yang terletak di Hollywood USA. Pelayan restoran terdiri daripada OKU yang cacat penglihatan namun sangat cekap dan berpengalaman.

Bersama Pemimpin


Bagi rakyat Argentina, mereka pada bila-bila masa boleh makan dan minum bersama dengan patung bekas Presiden mereka, Juan Peron di restoren 'Un Cafe Con Peron' atau Minum Kopi Bersama Peron'.

Bahan Buangan


Rakyat British yang berniaga di Berlin German, menggunakan sepenuhnya bahan buangan dari tempat pembuangan sebagai bahan utama membina restoran.

Baseball


Bertemakan baseball, semua pelayan memakai pakaian sukan ini di Tokyo Jepun.

Jururawat


Restoran di Taipei, semua pelayannya memakai uniform jururawat serta peralatan hospital sebagai asas penyediaan makanan.

Pontianak


Restoran pontianak, di Bucharest.

Hospital


Restoran yang dinamakan Heart Attack Grill, Arizona USA ini bertemakan hospital.

-SP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon