Friday, January 18, 2013

Kisah Manusia Yang Dituduh Menjadi Serigala Jadian


Serigala Jadian atau lycanthropy didakwa wujud daripada gangguan genetik yang menyebabkan pertumbuhan rambut berlebihan.

Serigala Jadian

Lycanthropy dikatakan boleh menjangkiti manusia seperti yang berlaku kepada Petrus Gonsalvus dan anak perempuannya.

Badan mereka ditumbuhi bulu menyebabkan orang ramai menggelar mereka ‘manusia serigala Bavaria’ walaupun tidak menunjukkan sifat-sifat serigala.

Pada abad ke-16, kisah manusia serigala – Peter Stubbe – begitu popular di Jerman. Dia dituduh melakukan beberapa siri pembunuhan kejam dan bertindak diluar kemanusian.

Ada yang mengatakan dia bertindak demikian kerana rasukan syaitan setelah menerima tali pinggang kulit serigala.

Selepas memakainya, dia bertukar menjadi makhluk yang kehausan darah. Stubbe mengganas di sekitar Cologne selama 25 tahun – membunuh dan memakan binatang ternakan.

Selepas itu, Stubbe mula mengganas – merogol wanita dan kanak-kanak sebelum membunuh dan memakan mereka.

Kekejaman Stubbe tidak berhenti disitu. Malah keluarganya tidak terlepas daripada kekejamannya. Stubbe menyeksa anak dan adik perempuannya serta membunuh anak lelakinya sebelum memakan otak mereka.

Akhirnya Stubbe berjaya ditangkap sebaik saja menjadi manusia. Ketika ditangkap, dia diseksa supaya mengaku bersalah terhadap 16 pembunuhan yang serta mempunyai pakatan dengan syaitan.

Stubbe dihukum pancung. Badannya dibakar bersama-sama isteri dan wanita simpanannya. Bagi memberi amaran kepada orang ramai, kepalanya diperagakan ditempat awam.

SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon