Gelisah adalah hati yang tidak tenteram, merasa khuatir, resah, tidak tenang, cemas, risau dan kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran.
Suatu ketika seorang sahabat karib Rasulullah SAW iaitu Ibnu Masu’d didatangi seorang lelaki yang kelihatan dirundung duka nestapa.
Lelaki itu berkata kepada Ibnu Masu’d, “Saudara, berikanlah padaku nasihat yang dapat aku jadikan penawar untuk jiwaku yang gelisah ini. Akhir-akhir ini jiwaku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut.”
Ibnu Masu’d berkata, “Sekiranya itulah penyakit yang menimpamu, hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat ini:
Pertama, tempat orang membaca al-Quran, sama ada kamu membacanya atau kamu sekadar mendengar orang lain membaca ayat al-Qur'an.
Kedua, majlis ilmu, yang dapat mengingatkan kamu kepada Allah.
Ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadah kepada Allah dengan khusyuk dan tulus ikhlas.”
Wallahu a'lam.
BACA INI JUGA: Sikap Emosi Adalah Peribadi Yang Jauh Dari Kejernihan Hati
Sumber: lenggangkangkung