Sejak kecil, kita didedahkan kegunaan air sebagai penawar pelbagai jenis penyakit. Ada yang mengambil air yang dibacakan surah Yassin untuk menerang hati manakala ibu bersalin digalak minum air selusuh bagi memudahkan proses kelahiran.
Menurut Kitab Mukhtasar Fi Ma’ni Isma’Allah Al Husni, diriwayatkan bahawa Abi Al-Qaasim Al-Qusyairi pernah menghadapi kesusahan sebab anaknya sakit tenat.
Suatu malam, dia bermimpi bertemu Nabi Muhammad SAW lalu mengadu hal itu.
Rasulullah bertanya: “Tidakkah engkau mempergunakan ayat Asy-Syifaa?” Al-Qusyairi tersedar lalu dicarinya ayat itu dalam al-Quran.
Al-Qusyairi menuliskan ayat itu pada kertas dan dibasuhnya dengan air lalu diberi minum kepada anaknya. Dengan izin Allah, penyakit anaknya sembuh.
Dari sudut saintifik, saintis Eropah dan Jepun mendapati air adalah satu elemen yang hidup kerana ia mampu merakam gema, perasaan serta bacaan terhadapnya.
Ini dibuktikan dengan gambaran molekul air yang berubah bentuk bergantung kepada interaksinya dengan keadaan luaran.
Apabila dibacakan sesuatu yang baik, seperti ayat al-Quran, molekul air bertukar kepada bentuk kristal yang bersinar serta bercahaya. Dan, begitu juga sebaliknya.
Menyedari peranan air sebagai penawar, Air Anugerah diketengahkan dengan bacaan 30 juzuk al-Quran serta doa pilihan.
Menurut Imam Muda Ustaz Khairul Azhar Ghazali, Air Anugerah bukan saja kaya dengan zat galian, tetapi ditenagakan dengan bacaan ayat suci al-Quran dan doa pilihan.
Beliau berkata, bagi memastikan proses itu lebih tinggi nilainya, adab sepanjang pemprosesannya amat dijaga.
Katanya, Air Anugerah itu menggunakan sistem syifa iaitu dibacakan keseluruhan ayat al-Quran sebanyak 30 juzuk.
“Ia dibacakan dalam keadaan yang sempurna dan menjaga adab zahir dan hati (biat) di kalangan mereka yang terpilih.
“Selepas itu, ditenagakan pula dengan bacaan khusus ayat al-Quran tertentu dengan dibaca berulang-ulang kali mengikut kiraan kaedah yang khas,” katanya.
Allah berfirman, “Wahai manusia, sesungguhnya datang kepadamu pengajaran dari Tuhanmu (iaitu Quran) dan penyembuh bagi penyakit-penyakit dalam dada.” (Surah Yunus: 57).
Doa dalam Air Anugerah boleh dijadikan amalan harian untuk mencari penawar dan mencapai hajat tententu, antaranya;
Semoga memberi manfaat. Wallahu a'lam.
BACA INI JUGA: Sentiasa Berwuduk Mampu Menangkis Ilmu Pukau
Sumber: hmetro

- Surah al-Fatihah (penyembuh keracunan)
- Surah al-Syarh (menghilangkan kesulitan dan bebanan)
- Surah al-Qadr (pembuka minda dan menerangkan mata)
- Surah al-Kafirun (menghindar hasutan Iblis dan makhluk halus)
- Surah al-Ikhlas (menjauhi mata-mata jahat)
- Surah al-Falaq (penyembuh penyakit siang dan malam)
- Surah al-Nas (menjauhi gangguan jin)
- Surah al-Isra’: 28 (penghadang dan pembimbing)
- Surah at-Taubah:128 (menghilangkan sebarang sakit)
- Ayat Kursi (menghindar gangguan makhluk halus)
- Surah al-Baqarah (terselamat dari bencana dan bahaya)
- Surah Israil (penawar segala jenis kesakitan)
- Surah as-Shafat (sentiasa sihat)
- Surah Ali-Imran (terpelihara dari segala penyakit dan gangguan jin)
- Bacaan istighfar (pengampunan dan penyembuh serta doa penyembuh angin ahmar)
- Doa khatamul al-Quran untuk penyembuh penyakit zahir dan batin