Sunday, December 09, 2012

Tips Bagaimana Menghilangkan Rasa Bosan Melampau Anda


Info Motivasi. Adakah aku bosan? Apakah yang menyebabkan anda berasa bosan dan bagaimana cara menghilangkan bosan itu? Anda mungkin berasa bosan dengan kerja anda, keluarga anda ataupun keadaan persekitaran anda.

Tips Bagaimana Menghilangkan Rasa Bosan Melampau Anda

Disini kita lampirkan tips-tips bagaimana menghilangkan bosan bagi membantu anda yang dalam keadaan bosan.

Bersyukur. Perkara pertama yang anda perlu lakukan bagi menghilangkan bosan ialah bersyukur. Bersyukurlah dengan apa yang anda ada sekarang ini seperti nikmat sihat, mempunyai pekerjaan, keluarga dan sebagainya. Bersyukurlah anda mendapat nikmat Allah ini dan lakukanlah kerja anda sebaik mungkin kerana ada ramai lagi orang yang tidak bernasib baik daripada anda.

Lakukan Sesuatu. Adakah anda bosan kerana tiada apa kerja yang boleh dilakukan. Buatlah sesuatu aktiviti bagi mengisi masa bosan anda seperti menonton tv, mendengar musik, membaca buku dan sebagainya.

Keluar. Keluar ke mana-mana seperti menonton wayang, makan di luar, bersiar-siar, melancong ke luar negara dan sebagainya.

Kelainan. Buat kelainan sama ada daripada cara anda melakukan kerja, cara berhubung mahupun kelainan dalam aktiviti harian anda.

Tingkatkan Motivasi. Kekalkan motivasi anda dalam pekerjaan anda maka Insya-Allah anda tidak merasa bosan dengan setiap kerja yang anda lakukan.

Bermain. Ambil masa berehat sekejap samaada bermain sukan, bermain dengan anak-anak ataupun bermain dengan permainan video.

Tidur. Perkara terakhir yang anda boleh lakukan bagi menghilangkan kebosanan anda adalah tidur.

Anda telah selesai membaca tips bagaimana cara menghilangkan rasa bosan anda dan semoga segala panduan yang kami berikan berfaedah bagi anda.

1 comment

  1. kalau dah hari hari keje blah malam ..celah mana tah nak g main ..nak tingkat motivasi bagai ..siang dah lah membuta ..serabot ~~ seh da dua tahon macam ni .. gile serabai otak kepala ..damn ! ~~ bersyukur jelah -.-

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon