Tuesday, December 04, 2012

PEPSI - Pay Every Penny to Save Israel


Para cendekiawan Islam Timur Tengah menyatakan mereka tidak akan pernah menarik balik pernyataannya bahawa Pepsi Cola secara asasnya adalah nama kod bagi komplot Zionis.

PEPSI

Institut Kajian Media Timur Tengah (MEMRI) telah mengeluarkan kenyataan berbahasa Inggeris yang diberikan oleh seorang cendekiawan Islam di Mesir bulan Februari yang lalu, di mana dikhabarkan bahawa PEPSI sebenarnya adalah singkatan daripada ayat “Pay Every Penny to Save Israel” atau “Sumbangkan setiap wang untuk menyelamatkan Israel.”

Selain itu, seorang anggota parlimen pergerakan Hamas di Gaza juga mengeluarkan kenyataan yang sama tentang perkara tersebut tahun lalu.

Berbicara dalam stesyen TV Al-Aqsha, anggota perlimen Salem Salamah menyatakan, “Terdapat pelbagai syarikat yang didirikan oleh kolonialis dan penjajah – pelbagai syarikat besar dengan banyak cawangan diseluruh penjuru dunia, seperti Pepsi, Pepsi Cola.

Ini adalah syarikat terkemuka. Pepsi adalah singkatan dari Pay Every Penny to Save Israel.”

Baru-baru ini juga, seorang pemimpin agama Mesir Hazem Abu Ismail mengeluarkan kenyataan yang sama. Berbicara didepan Al Nas TV – sebuah stesen keagamaan- Abu Ismail menyeru agar orang Islam memboikot produk Pepsi kerana istilah tersebut.

Secara spesifik, Hazem Abu Ismail menyatakan sebagai berikut, berdasarkan transkrip sama yang diberikan oleh MEMRI, Institut Kajian Media Timur Tengah yang berpusat di Washington:

PEPSI

Huruf P pertama bererti “Pay” (Berikan), E untuk “Every” (Setiap). Huruf ketiga untuk “Penny”. Penny adalah syiling kecil yang anda terima dan anda tidak tahu apa yang akan anda lakukan dengannya. Berikan itu untuk “Menyelamatkan” I – “Israel”. Dengan kata lain, berikan setiap syiling kecil yang anda terima untuk menyelamatkan Israel. Mereka tidak ingin wang anda – mereka hanya ingin syiling pecahan kecil, penny anda. Dalam ekonomi Amerika, penny adalah satu perseribu dolar. Nilainya kecil sekali.

Mereka mengatakan, “Sumbangkan pecahan kecil yang tidak anda perlukan, tetapi berikanlah dengan alasan yang benar. Bila anda mengumpulkan pecahan kecil ini, anda dapat membeli minuman ini.”

Mereka mengambil masing-masing kata awalan dan membentuk kata “Pepsi”. Bila anda membayar (untuk membeli Pepsi), anda akan menyelamatkan Israel.

"Saya tidak hanya bicara tentang Pepsi, tetapi tentang Coca Cola dan kesemuanya. Saya tak akan menyebutkan suatu produk. Anda dapat lihat sendiri. Anda Muslim. Anda dapat sampaikan kepada saya.

"Saya tidak tahu. Anak kecil saya malah lebih tahu tentang boikot ini daripada saya. Ketika kami pergi belanja, dia katakan pada saya: “Beli ini, jangan yang itu.” Dia mengetahuinya. Dia sudah menjadi ahli dalam hal ini.


Selama bertahun-tahun, The Coca Cola Company dan produk-produknya banyak mendapat kritikan darpada pelbagai sumber disebabkan oleh pelbagai alasan termasuk kesan negatif produk-produk tersebut terhadap kesihatan,alam sekitar, penggunaan pestiside dalam jumlah yang besar dalam produk-produknya, eksploitasi buruh dan pelbagai alasan yang lain lagi.

Tidak sedikit dari alasan-alasan tersebut yang membawa syarikat tersebut menghadapi tindakan undang-undang dan menciptakan kontroversi yang terdapat pada logo produk Coca Cola.

Maulana Kalbe Jawwad, seorang pemimpin keagamaan Syiah, mengatakan: “Perkara ini merupakan penghinaan terhadap Tuhan. Kami akan meminta Muslim di negara ini dan seluruh dunia untuk memboikot produk tersebut sehingga syarikat tersebut menarik balik kata-kata yang menyinggung tersebut.

Maulana mengatakan bahawa dia akan meminta semua kaum Muslim untuk menyebarkan mesej tentang logo “yang sangat menyinggung tersebut”.

BACA INI JUGA: 729, Barkod Produk Israel

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon