Monday, December 24, 2012

Misteri Bagaimana Rambut Manusia Tumbuh


Tahukah anda rambut manusia secara normalnya akan tumbuh sepanjang 1.5 cm sebulan. Pertumbuhan rambut manusia berlaku secara berirama. Perkara ini masih lagi menjadi tanda tanya dikalangan saintis kerana belum ada jawapan mengenainya.

Rambut cantik

Dipercayai, rambut manusia tumbuh dengan cepat pada pukul 10 hingga 11 pagi setiap hari sebelum pertumbuhannya menjadi tidak cepat selepas itu.

Bagaimanapun, ia kembali aktif semula pada pukul 4 hingga 6 petang.

Sehingga hari ini, tidak ada manusia dalam dunia ini yang berjaya melihat rambut tumbuh. Kita hanya boleh mengukurnya saja untuk mengetahui sifat pertumbuhannya.

Secara alamiahnya, manusia cuma tahu rambutnya panjang tanpa tahu bila ia memanjang.

Pelbagai Gaya Rambut

1. Rambut lurus

Rambut lurus mencerminkan keadaan yang paling lembut dan kuat berbanding yang lain.

Rambut ini adalah paling susah untuk rosak kerana cecair sebum daripada kelenjar di kulit kepala mudah tersebar sehingga hujung rambut, memberikan perlindungan yang baik kepada rambut.

Ia juga sukar untuk menjadi kerinting dan merupakan jenis yang paling berminyak.

2. Rambut beralun

Jenis rambut ini adalah bergelombang dan mempunyai tekstur antara lurus dan kerinting.

Ia lebih cenderung menjadi kerinting berbanding rambut lurus.

Jika alunannya sederhana, ia mudah digayakan. Namun, alunan yang kasar agak susah digayakan dan memerlukan syampu dan gel yang sesuai untuk melembutkan teksturnya.

3. Rambut ikal mayang

Rambut ini adalah sangat unik dan mungkin antara yang paling cantik, terutamanya bagi wanita.

Ia bermula lurus daripada kulit kepala dan beralun di hujungnya.

Tidak kurang juga mereka yang mendapatkan rawatan salon demi mendapatkan gaya rambut ini.

4. Rambut kerinting

Rambut kerinting adalah rambut yang mempunyai bentuk huruf S, atau kadangkala berbentuk huruf Z.

Kebiasaannya, ia adalah tebal, tergantung kepada cuaca dan mudah rosak. Jika tidak dijaga dengan betul, sifat kerintingnya akan berkurang.

Sebaliknya, jika dijaga dengan baik, ia akan menjadi gaya rambut menarik yang hanya boleh digayakan oleh pemilik rambut kerinting sahaja.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon