Judy Moran (dipenjara dari 2009 sehingga sekarang)
Judy Moran, adalah wanita berusia 66 tahun yang memimpin Gengster terbesar di Melbourne. Dia diberi julukan "family matriarch" yang mengubah Melbourne menjadi Dodge City.
Xie Caiping (dipenjara dari 2009 sehingga sekarang)
Di bandar Chongqing, kerajaan China melaksanakan tindakan keras terhadap jenayah terancang. Sebuah operasi besar-besaran telah dilancarkan dan menangkap hampir 1.500 penjenayah yang semuanya berada dibawah pimpinan Xie Caiping. Sebagai ketua, Caiping menjalankan pusat perjudian haram dan merasuah anggota polis untuk mengelak dikenakan tindakan.
Sandra Avila Beltran (dipenjara dari 2007 sehingga sekarang)
Beltran lahir dan dibesarkan untuk menjadi "God Mother" Mexico. Pakciknya adalah pengedar dadah di Mexico. Dia mendapat julukan "Ratu Pasifik" kerana dia menjadi orang tengah antara kartel Valle del Norte colombia dan kartel Sinaloa serta membantu mengembangkan laluan rahsia penyeludupan dadah di sepanjang Pantai Pasifik Mexico. Sandra dipenjara atas tuduhan jenayah terancang dan pencucian wang haram.
Rosetta Cutolo (dipenjara dari 1993 sehingga sekarang)
Wanita ini menjadi gangster kerana rasa sedih akibat saudaranya ditangkap polis Itali. Dia kemudian meneruskan bisnes milik saudaranya itu. Dia menjadi senarai suspek yang paling dikhendaki di Itali kerana dia adalah anggota keluarga Raffaele Cutolo, Nuova Camorra Organizzata (NCO), gangster yang paling ditakuti di Itali. Setelah menyerbu balai polis Itali di tahun 1981, dia menghabiskan 10 tahun sebagai buruan dan akhirnya menyerah diri.
Maria Licciardi (dipenjara dari 2001 sehingga sekarang)
Dari tahun 1993 hingga 2001, Maria Licciardi adalah ketua keluarga Licciardi dan "Capo di Tutti Capi" gangster dari Napoli. Di bawah pimpinannya, keluarga Licciardi menjadi lebih terancang dan lebih menguntungkan dalam segala usaha mereka. Perniagaan yang paling menguntungkan yang diusahakan keluarga Licciardi adalah pelacuran di Camorra. Padahal sebelum itu, ada beberapa jenis kod peraturan yang melarang mafia mendapatkan wang dari pelacuran.
Maria Leon (dipenjara dari 2010 sehingga sekarang)
Seorang ibu 44 tahun dengan 13 orang anak mungkin kedengaran tidak terlalu merbahaya. Namun berbeza dengan Maria Leon, dia menjadi pemimpin pengedaran dadah dan ubat bius yang menguasai timur laut Los Angeles dan Beirut. Dia menjalankan bisnes untuk memberikan pendidikan kepada anak-anaknya.
Griselda Blanco (status tidak diketahui sehingga sekarang)
Ketika berusia 11 tahun, dia menculik anak orang kaya yang tinggal bersebelahan dengan tempat dia tinggal dengan harapan mendapatkan wang tebusan. Ketika orang tua dari anak yang diculik menyatakan tidak mahu membayar wang tebusan, dia membunuh anak itu. Setelah berpindah ke New York dari colombia di era 70-an dan memulakan kariernya dalam penyeludupan dadah, Blanco berpindah ke Miami untuk menghindari tuduhan mahkamah.
Di sanalah dia meletakkan dasar bagi Miami untuk menjadi ibukota kokain di Amerika Syarikat. Blanco diyakini telah mendalangi lebih dari 200 pembunuhan sepanjang kariernya, termasuk (kemungkinan besar) ketiga-tiga suaminya. Pada tahun 1988, dia ditangkap oleh DEA di California dan menghabiskan 16 tahun di penjara. Ketika dia dibebaskan pada tahun 2004, dia diekstradisi ke colombia dan tidak pernah dilihat sejak itu.
Sumber: fuh.my