Di antara kesesatan ajaran al-Arqam yang berkaitan langsung dengan akidah Islam pertamanya ialah mempercayai bahawa Ashaari Muhammad tidak mati bahkan terus memimpin jemaahnya di alam ghaib.
Kedua, pengikut mereka beriman bahawa Ashaari Muhammad adalah Imam Mahdi yang akan dibangkitkan kelak.
Ketiga, mereka percaya bahawa Ashaari Muhammad bertemu dengan Nabi Muhammad s.aw dalam keadaan yaqazah.
Allah S.W.T berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: “Setiap jiwa pasti akan merasai mati…” (Surah Ali I’mran: ayat 185) Menjadi akidah kaum Muslimin yang mengucap dua kalimah shahadah agar beriman dengan ayat Allah ini. Bahkan menjadi teras kepada iman bahawa setiap manusia pasti akan mati. Maka ternafilah kepercayaan pengikut taksub ajaran al-Arqam ini yang mendakwa bahawa Ashaari Muhammad hanya ghaib dan tidak mati.
Sebenarnya mempercayai seseorang wali itu tidak mati dan hanya ghaib memang banyak dipercayai oleh sebahagian orang Melayu yang terpengaruh dengan sesuatu ajaran tarikat kesufian.
Kadang-kadang ada sebahagian orang tua yang bercerita mengenai kesolehan seorang ulama atau wali dengan mengatakan diakhirnya seperti “adapun wali itu diakhir hayatnya hilang begitu sahaja (ghaib) menuju ke alam lain”. Di tambah lagi dengan khurafat seperti ada orang lain bertemu dengan wali tersebut selepas kematian di Makkah dan sebagainya.
Hal yang sama kepercayaan Nabi Khidir tidak mati sehingga hari ini, termasuk kepercayaan khurafat yang tiada asasnya.
Inilah antara cerita dan khurafat yang sering didengari dalam kalangan orang Melayu. Maka tidak hairanlah seluruh pengikut ajaran al-Arqam ini mempercayai hakikat Ashaari Muhammad tidak lagi mati walaupun doktor dan mata kasar manusia menyaksikan kematiannya.
Kenapa mereka tetap mempercayai Ashaari Muhammad tidak mati dan hanya ghaib saja? Kerana ajaran al-Arqam ini adalah ajaran tarikat Aurad Muhammadiah sejenis aliran tasauf kesufian.
Jika diperhalusi kebanyakan aliran kesufian dan tarikat ini akhir-akhirnya akan membawa pengikutnya taksub kepada gurunya dan berlaku penyelewengan amalan yang merosakkan akidah seperti zikir dan ritual bertentangan dengan ajaran sunnah Nabi.
Buktinya seperti pengikut Ashaari Muhammad ini yang tetap dan tegar beriman seperti tiga perkara yang dinyatakan di atas tadi.
Kesan kedua atas akidah kepercayaan bahawa Ashari Muhammad tidak mati membawa kepada kepercayaan bahawa dia adalah Imam Mahdi.
Selepas kematian Ashaari Muhammad pengikut al-Arqam terus beriman bahawa dia akan muncul semula selepas keghaiban dan menjadi Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu selama ini.
Daripada hadis Nabi bahawa Imam Mahdi akan muncul di akhir zaman sebelum kemunculan Nabi Isa a.s.
Imam Mahdi yang dikhabarkan oleh Nabi adalah berbangsa Arab, berketurunan Nabi dan mempunyai seperti nama Nabi dan dibinkan juga sama seperti Nabi iaitu Muhammad bin Abdullah.
Antara hadis Nabi yang menceritakan hakikat Imam Mahdi seperti yang termaktub dua hadis daripada riwayat Abu Daud yang bermaksud: Daripada Abu Said Al-Khudri radhiallahu anhu berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Al-Mahdi adalah daripada keturunanku, berdahi lebar dan berhidung mancung, dia memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan dia berkuasa selama tujuh tahun lamanya.” (Al-Hakim berkata: “Hadis ini sahih menurut syarat Muslim.” Dan dipersetujui Az-Zahabi. Syeikh Al-Albani berkata: “Sanadnya hasan”) Daripada Abdullah bin Masud berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Seandainya dunia tidak tersisa kecuali tinggal sehari saja, maka Allah akan memanjangkan hari itu sehingga mengutus seorang lelaki daripada keturunanku atau daripada ahli baitku, namanya seperti namaku dan nama ayahnya seperti nama ayahku, dia memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi kezaliman dan penganiayaan.” (Imam Az-Zahabi mensahihkannya dalam At-Talkhis 4/442 dan dipersetujui oleh Syeikh Al-Albani)
Maka tertolak dakwaan dan pegangan pengikut al-Arqam bahkan mana-mana gerakan sesat lain yang mendakwa tokoh mereka al-Mahdi melalui hadis Nabi ini.
Ashaari Muhammad adalah seorang Melayu, hidung tak mancung dan tidaklah berdahi lebar. Beriman dengan hadis ini akan kemunculan Imam Mahdi kelak, adalah akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, tetapi beriman bahawa Ashaari Muhammad adalah Imam Mahdi mengakibatkan akidah menjadi rosak.
Apabila pengikut al-Arqam boleh mempercayai Ashaari Muhamamad sebagai Imam Mahdi maka tidak hairanlah mereka juga mempercayai cerita khurafat bahawa dia bertemu dengan Nabi secara yaqazah.
Yaqazah bermaksud bertemu dengan Nabi secara sedar bukan mimpi manakala Nabi pula dalam keadaan hidup iaitu berjasad dan roh.
Pengikut al-Arqam dan kebanyakan aliran tarikat kesufian mereka yakin bahawa boleh bertemu dengan Nabi dalam keadaan yaqazah. Namun, yaqazah bukanlah pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah melainkan ia adalah batil lagi sesat.
Seandainya manusia boleh bertemu dengan Nabi secara yaqazah pastilah Abu bakar, Umar, Uthman, Ali Radiyallahu Anhum Ajmain dan sahabat yang lebih layak bertemu dengan Nabi.
Tetapi tiada satu riwayat pun daripada sahabat bahkan imam mazhab yang empat mendakwa pernah bertemu dengan Nabi secara yaqazah.
Apakah keistimewaan Ashaari Muhammad dan siapakah beliau yang mengaku sudah bertemu dengan Nabi secara yaqazah?
Apa yang boleh diperkatakan hanyalah sebuah pembohongan Ashaari Muhammad. Semoga semua pengikut Ashaari Muhammad bertaubat kepada Allah dan kembali ke jalan yang benar.
Penulis Ketua Biro Sekretariat iLMU lulusan Syariah Fiqh dan Usul UM
BACA INI JUGA:
Sumber: Utusan

Daripada : http://matahati313.blogspot.com/2013/05/penahanan-balu-abuya-bukti-aqidah-al.html?m=1
ReplyDeleteKhamis, 16 Mei 2013
Kerajaan Saudi sahkan Abuya, Al Arqam, GISB & Ummu Jah tidak sesat!
Izinkan saya mengeluarkan semula cerita penahanan balu Abuya sesuai dengan perkembangan terkini.
Setelah hampir genap tiga tahun berjuang membangunkan model masyarakat Islam di bumi Rasulullah saw yakni Mekah dan Madinah maka pada 27hb Mac 2013 jam 2.00 pagi waktu Saudi, Bonda Ummu Jah ar atau Ustazah Khadijah Aam yang merupakan balu Abuya Ashaari Muhammad Attamimi bersama 94 orang lagi telah ditahan oleh pihak berkuasa agama dan imigresen Arab Saudi.
Tetapi setelah 45 hari dalam tahanan dan sudah tentu juga disoalsiasat, maka akhirnya Bonda Ummu Jah ar pun dibebas dan dilepaskan oleh pihak berkuasa Saudi. Beliau yang pada mula didakwa di bawah kesalahan syariah dan imigresen telah mendapat pengampunan oleh kerajaan Arab Saudi.
Pada 13 Mei 2013 Bonda Ummu Jah ar telah dihantar pulang dan selamat sampai ke Malaysia. Tarikh tersebut juga betepatan dengan ulang tahun ketiga keghaiban Abuya.
Ini membuktikan bahawa pihak berkuasa Arab Saudi tidak menjumpai apa-apa bukti yang boleh disabitkan bahawa ajaran GISB atau yang dibawa oleh balu Abuya dengan kesalahan syariah dan aqidah!
Sedangkan selama tiga tahun Bonda Ummu Jah ar berjuang di Haramain sebenarnya telah banyak artikel, ceramah, kuliah dan program-program yang memperkenalkan Imamul Mahdi khususnya.
Memperjuangkan Nur Muhammad, menghidupkan semula peranan Rasulullah saw, para sahabat dan menyerang Yahudi dan Wahabi adalah sangat ketara dalam apa jua mesej yang diketengahkan oleh Bonda Ummu Jah ar. Malah keberanian beliau mempertahankan keghaiban Abuya (suaminya) dan mendakwa akan muncul semula bersama Imamul Mahdi juga dibuat secara terang-terangan.
Terang lagi nyatalah sudah sekarang ini kepada dunia apabila kerajaan Arab Saudi yang menjadi rujukan dunia Islam terutamanya oleh Wahabi pun telah membebaskan Bonda Ummu Jah bersama semua yang ditahan. Maka keputusan ini sesungguhnya adalah mengesahkan bahawa ajaran yang mereka perjuangkan tidak melibatkan soal aqidah yang sesat. Dalam erti kata yang lain, menurut kerajaan Arab Saudi apa yang diperjuangkan oleh GISB, Al Arqam, Abuya dan Bonda Ummu Jah ar adalah tidak sesat sama sekali!
Maka segala tuduhan yang mengatakan GISB menyeleweng atau sesat oleh mana-mana pihak termasuk pihak berkuasa agama sudah tidak releven lagi.
Kesimpulannya, dengan pembebasan Bonda Ummu Jah ar bersama semua yang ditahan oleh kerajaan Arab Saudi maka ini juga merupakan pembebasan GISB dari tuduhan sesat yang telah dibuat secara melulu terhadap mereka!
Ya allah skang global ikhwan dah ikut fatwa kut......makin bekerjasama dgn kerajaan...
ReplyDeleteBila mana adanya musuh dlm selimut dan kacang x kenal kulit...nila setitik rosak susu sebelanga...zaman fitnah ini terlalu banyak manusia x sedar diri mereka reka cerita sdgkan cerita yg disampaikan langsung x benar...nauzubillah min zalik
ReplyDeleteBila bertapaknya mazmumah di hati...mulalah titik hitam...bertindak melaga lagakan..suka jatuh menjatuh...merasa diri lebih besar...tidak boleh tgok org lain maju...perasaan ingin menguasai...
ReplyDeletesalam. sy ad jual buku 'arqam; tersungkur di pintu syurga' karya zabidi mohamed. berminat nk dptkannya bole pm/whatsapp sy laju2;
ReplyDelete017-2256654
017-2256654
017-2256654
Jika kamu berselisih pada sesuatu perkara kembalilah pada kitabullah dan sunnah Rasulullah S.A.W InsyaAllah akan selamat...
ReplyDeleteJika kamu berselisih pada sesuatu perkara kembalilah pada kitabullah dan sunnah Rasulullah S.A.W InsyaAllah akan selamat...
ReplyDelete