Pasti ada antara pembaca di sini merupakan mereka yang berjawatan tinggi di pejabat masing-masing. Sudah tentu perkataan 'BOS' sudah biasa didengar apabila seseorang staf memanggil ketuanya.
Pengalaman bekerja di sektor kerajaan telah mengajar aku kenal banyak jenis dan ragam orang. Yang paling ketara ialah makan dan benda FREE.
Kalau di kerajaan ni ramai yang kejar pangkat tapi tanggungjawab ditinggalkan di jawatan lama. Sebab apa? Bila pangkat tinggi, gaji pun banyak, kerja pulak kurang sebab ramai anak buah.
Tugas BOS yang malas hanya perlu masuk pejabat kemudian minit surat-surat dan arahkan staf untuk buat kerja. Meeting pulak ikut mood.
Kalau rajin dan ada kepentingan baru masuk. Kalau tau nak kena tembak suruh anak buah ganti. Kalau kerja lambat siap dia akan salahkan orang bawah. Kalau kerja bagus dia dapat nama. Pendek kata TANGGUNGJAWAB memang takde.
Lain cerita dengan PEMIMPIN (Leader). Mereka akan berkerjasama dengan anak buah. Membahagikan tugas sama rata dan paling penting ada bimbingan dalam melakukan sesuatu perkara.
Tiada arahan secara melulu. Mereka akan berbincang dengan staf mengenai sesuatu perkara untuk mencari penyelesaian terbaik.
Ingat tidak semestinya anak buah kita tiada idea yang bernas dan lebih baik. PENGALAMAN manusia berbeza!
Bukan semua boleh jadi ketua yang baik. Semakin tinggi pangkat semakin tinggi ego. Ada juga yang memang tak layak jadi ketua.
Tapi disebabkan kenaikan pangkat mengikut senioriti mereka terpaksa naik walaupun kualiti kepimpinan tiada.
Dalam kerajaan, Gred 48 ke atas sudah boleh menjadi ketua unit. Mengapa tiada usaha dari pihak kerajaan untuk menghantar ketua yang tidak profesional dan kurang integriti menjalani latihan intensif seperti kursus induksi sewaktu awal kemasukan dahulu?
Kadang kala Allah beri rezeki kepada hambaNya bukan dalam bentuk wang ringgit. Boleh jadi dengan nikmat kesihatan, hadiah, diskaun, anak yang soleh dll.
Mungkin sudah tiba masa untuk melakukan perubahan dalam perkhidmatan awam. Penilaian tahunan perlu dilakukan secara 360 degree supaya INTEGRITI penjawat awam meningkat seterusnya memperkasakan perkhidmatan awam secara amnya.
Jika sekarang ada antara BOS yang menggunakan kuasa veto mereka untuk menilai dan menghukum pekerja bawahan yang tidak menurut perintah mereka.
Bagi yang kurang jelas tentang penilaian 360 darjah, penilaian seseorang pekerja akan dilakukan dari segenap sudut.
Mereka akan dinilai oleh penyelia, rakan sekerja, staf bawahan dan mungkin juga orang luar yang pernah berhubung dengan mereka di tempat kerja.
Aku rasa penilaian ini lebih terbuka dan tiada istilah "BOSS IS ALWAYS RIGHT". Aku selalu bangkang yang tiada manusia yang sempurna. BOS juga manusia biasa.
Pendapat aku, mungkin sebab kerajaan terlalu bermurah hati dan sangat susah nak buang orang. Sebab tu ada yang naik lemak.
Kesian tengok orang kat luar yang ramai nak join goverment tapi tak dapat. Yang dah dapat tak pernah bersyukur dan kerja sambil lewa.
Perkhidmatan awam tidak akan maju selagi sistem sedia ada tidak diubah. Motto sesetengah penjawat awam "ALA KALAU TAK BUAT KERJA PUN GAJI MASUK", "KERJA LEBIH PUN BUKAN NAIK PANGKAT"
Fikirkan apa yang kita boleh sumbangkan kepada organisasi bukan apa yang organisasi boleh sumbang kepada kita.
Renungkan bersama. Pangkat dan harta semua sementara. Apa yang penting keberkatan dalam menari rezeki.
BACA INI JUGA: Bukan Rakyat Tapi Pemimpin Yang Sepatutnya Membina Sifat Patriotik!
[Sumber]