Friday, December 21, 2012

Hari Ini Kiamat Berlaku Pada Jam Berapa?


Suku Maya Kuno di Mexico meramalkan bahawa tahun 2012 gelombang galaksi yang besar-besaran akan muncul yang mengakibatkan pusingan dunia terhenti berdasarkan penemuan kalendar suku Maya yang berakhir pada 2012.

kiamat

Juga buku ‘Apocalypse 2012’ tulisan Lawrence E.Joseph: 2007 yang menyatakan secara ilmiah bahwa pada tahun 2012 akan terjadi bencana yang melanda seluruh dunia atau kiamat 2012.

Ramalan ahli nujum Yahudi Nostradamus yang mengatakan kiamat pada 2012. Ahli nujum ni memang amat popular.. mati pada tahun 1566. Ramai peminat fanatik Nostradamus yang percaya bulat-bulat ramalannya dan ada juga yang cuba mengaitkan apa yang telah terjadi di dunia dengan ramalannya. termasuklah perang dunia kedua, Obama dan runtuhan menara berkembar WTC.

Nasa mengatakan Nibiru atau Planet X atau Eris yang sedang mendekati Bumi dan akan menyebabkan kerosakan kepada bumi seterusnya merosakkan seluruhan bumi.

Dan yang paling utama ialah rancangan jahat zionis Israel untuk menciptakan ketetapan dunia baru atau The New World Order.

Dunia baru yang dicanangkan oleh kelompok zionis Israel nantinya dengan mengurangi jumlah penduduk bumi hingga 90% dan hanya tinggal bangsa Yahudi sahaja.

Mari kita lihat kiamat dari kaca mata Islam.

“Hari yang menggemparkan. Apakah hari yang menggemparkan itu? Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu? (Hari itu ialah: hari kiamat), hari manusia akan menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran. Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan.” (Al-Qaari’ah: 1-5)

Ingatlah, alam ini dijadikan oleh Allah dengan kekuasaan yang ada pada-Nya. Allah berkuasa menghidupkan dan mematikan semua makhluk. Begitu juga dengan alam ini, yang akan berakhir dengan kemusnahan yang menakutkan. Kemusnahan alam ini juga dikenali sebagai hari kiamat.

Allah menggambarkan hari kiamat sebagai hari yang menggerunkan.

Hari yang menggerunkan itu digambarkan oleh Allah dengan keadaan manusia yang menjadi seperti kelkatu yang berterbangan, seolah-olah tidak tentu arah tujuan kerana ingin menyelamatkan diri. Manakala gunung-ganang pula diumpamakan seolah-olah bulu yang dipusar angin.

Jika diibaratkan gunung yang berpuluh-puluh kali ganda besarnya daripada manusia menjadi seperti bulu yang berterbangan, bagaimanakah pula dengan manusia yang jauh lebih kecil dan kerdil.

Kesemua perumpamaan ini dirakamkan oleh Allah untuk menunjukkan betapa kekuasaan-Nya.

Allah s.w.t. juga menerangkan perihal kiamat dalam firman-Nya yang bermaksud:

“…hari kiamat akan datang apabila pemandangan menjadi berpendar-pendar (kerana gerun takut). Dan bulan hilang cahayanya. Dan matahari dan bulan dihimpunkan bersama.” (Al-Qiamah : 7-9)

Sebenarnya banyak perumpamaan yang menggambarkan kepada manusia tentang kedahsyatan hari kiamat.

Segala perihal tersebut adalah untuk menyedarkan manusia betapa besarnya kekuasaan Allah s.w.t.

Ia juga untuk menyedarkan manusia agar bersiap siaga dan beringat dalam setiap tindakan.

Walau sehebat mana atau sebijak mana pun kita pada ketika itu, kita tidak akan boleh lari dan tidak dapat mendustakan bahawa kiamat akan tetap berlaku.

Pada dasarnya Allah s.w.t. amat berkuasa dalam melaksanakan segala yang tidak terjangkau oleh akal.

Oleh itu sebagai hamba-Nya kita hendaklah mempersiapkan diri kita dengan segala bekalan yang secukupnya.

Ingatlah, kiamat adalah rahsia Allah.

Malah junjungan besar Nabi Muhammad SAW juga tidak mengetahui dengan pasti akan bila akan berlakunya bencana akhir zaman itu.

Bagaimanapun, Rasulullah SAW meninggalkan kepada kita satu ajaran dari Allah yang cukup besar dan wajib diketahui dan dihayati oleh umat Islam, iaitu tanda-tanda kiamat, sama ada tanda-tanda kecil mahupun besar.

Jika kita percaya dan mengimani kepada apa yang ditinggalkan Rasulullah itu, wajarkah kita bimbang bahawa kiamat akan berlaku pada 2012?

BACA INI JUGA: Pahala Siapakah Sebanyak Bintang Dilangit?

Sumber: mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon