Friday, December 21, 2012

Britain Rampas Palestin Kerana Hutang Budi Terhadap Yahudi


Chaim Azriel Weizmann lahir pada tahun 1874. Dia merupakan seorang pakar kimia yang menjadi Presiden Organisasi Zionis Dunia dan Presiden Israel pertama yang terpilih pada pertengahan Mei 1948. Dia juga menubuhkan institut penyelidikan Israel yang akhirnya menjadi Lembaga Ilmu Pengetahuan Weizmann.

Deklarasi Balfour

Setelah mempelajari biokimia di Switzerland dan Jerman, Weizmann berhijrah ke England pada tahun 1905 dan dipercayai sebagai Juru cakap Zionis Eropah.

Dalam perang dunia pertama, Jerman selangkah lebih maju dalam teknologi persenjataan berbanding pihak Bersekutu.

Namun berkat penemuan Weizmann, yang berjaya mensintesiskan aseton melalui proses penapaian yang digunakan dalam menghasilkan cordite iaitu bahan pembakar yang berguna bagi pemangkin peluru, British berjaya bersaing dengan Jerman.

Banyak kalangan berkata tanpa penemuan Weizmann, British akan menderita kekalahan dalam perang dunia pertama. Sebab itulah, Weizmann sangat dihormati dikalangan elit Inggeris dan menjadi rakyat dihormati.

Sejak itu lobi Weizmann menjadi sangat kuat di England.

Selepas perang dunia pertama, PM Britain David LloydmGeorge secara khas mengundang Weizmann. George memberi Weizmann sejumlah wang dan berjanji bahawa British akan memberikan apa saja permintaan Weizmann.

Pucuk dicinta ulam mendatang. Sebagai salah seorang tokoh gerakan Zionis ini merupakan kesempatan terbaik bagi dirinya untuk meminta tanah air bagi bangsa Yahudi yang ketika itu masih berselerak di beberapa negara dan benua.

Weizmann menjawab, "Tuan, hanya satu yang saya inginkan … Hal itu adalah ‘rumah’ bagi saudara-saudara saya."

Lloyd George faham. Permintaan khusus Weizmann itu menjadi perhatian utama Kabinet British. Menteri Luar Negeri Balfour setengah tidak percaya dengan apa yang diminta Weizmann.

Balfour bertanya kembali kepada Weizmann, seolah ingin mendengar melalui telinganya sendiri, "Tuan Weizmann, mengapa harus Palestin?"

"Tuan Balfour, jika pun saya mahukan Paris atau London apakah anda akan berikan?" Weizmann bertanya.


Balfour mengangguk, "Mengapa tidak?"

Weizmann tersenyum.

"Saya percaya Tuan Balfour. Namun sayang, kami telah mempunyai Jerusalem, ketika London masih berupa kawasan paya."

Balfour terdiam. Dia sangat faham bahawa permintaan Weizmann tersebut sangat dilema. Di pihak British sangat berterima kasih kepada Weizmann dan juga tokoh-tokoh Yahudi Antarabangsa lain namun jika permintaan itu dituruti maka Dunia Arab akan memusuhi British.

Sebab itulah, draft Deklarasi Balfour yang dikeluarkan pada tarikh 2 November 1917 ditulis dengan sangat berhati-hati dan tidak secara jelas menyenaraikan kata "tanah air".

Namun demikian, pihak Zionis tetap menterjemah deklarasi ini sebagai surat sakti untuk menjajah Tanah Palestin yang ketika itu memang dikuasai British.

DEKLARASI BALFOUR 2 NOVEMBER 1917

Ketika meletusnya perang dunia pertama, kuasa-kuasa koloniel dan penjajah telah merancang gerakan mereka dalam menakluk wilayah timur tengah, antara lain yang paling utama ketika itu ialah menjatuhkan kerajaan Tukri Uthmaniyah. Dan ketika perancangan itu telah berhasil pada tahun 1924, mereka telah mengambil peluang dari hal tersebut sepenuhnya.

Antaranya adalah memanipulasi Deklarasi Balfour dan dijadikan langkah awal puak Zionis dalam penjajahan bumi Palestin.

Deklarasi Balfour ialah sebuah pernyataan yang menyokong penubuhan negara haram Yahudi dalam bentuk surat tulisan yang ditulis pada tarikh 2 November 1917 oleh Setiausaha Luar Inggeris bernama Arthur James Balfour kepada Lord Walter Rothschild iatu pemimpin komuniti Yahudi Inggeris.

Dunia ketika itu melihat bangsa Yahudi sebagai bangsa diaspora, tidak seperti bangsa-bangsa lain yang memiliki "national home" atau tanah air mereka sendiri. Dalam mencapai hasrat menubuhkan sebuah negara bangsa mereka sendiri, bangsa Yahudi telah menubuhkan Pertubuhan Zionis pada tahun 1897 di Switzerland, iaitu pada hujung kurun ke-19 dalam rangka untuk melobi kuasa-kuasa penjajah dunia bagi merealisasikan hasrat mereka untuk menubuhkan sebuah negara bangsa sendiri.

Akhirnya, pihak Britain cuba memainkan watak sebagai "wira" dalam merealisasikan hasrat penubuhan Persatuan Zionis dengan mewujudkan Deklerasi Belfour setelah dibincangkan bersama dalam Parlimen Britain dengan persetujuan Istana Britain sendiri untuk menzahirkan rasa simpati kepada Pertubuhan Zionis antarabangsa dengan bersetuju dan menyokong penuh menjadikan Palestin sebagai tanah air kepada bangsa Yahudi.

Bermula dari detik inilah, Pihak Zionis memulakan gerakan mereka untuk menakluk bumi Palestin walaupun ketika itu bumi Palestin sudah pun 90% dimiliki oleh orang Arab yang beragama Islam dan Kristian. Akhirnya pada tahun 1948, berdirilah negara Zionis secara haram di atas luka-luka rakyat Palestin dan umat Islam.

'NEGARA' HARAM YAHUDI

Deklarasi Balfour dianggap sebagai mandat British kepada gerakan Zionis Antarabangsa untuk mendirikan sebuah negara Israel di Palestin. Pada 1918, Weizmann diangkat sebagai ketua Suruhanjaya Zionis dan dihantar ke Palestin oleh pemerintah British untuk menganjurkan pembangunan masa depan di negera itu. Di sana, dia meletakkan batu asas Universiti Ibrani.

Pada tahun yang sama Weizmann bertemu di Aqaba dengan Emir Feisal, Putera Syarif Husain dari Mekah iaitu orang Arab yang telah bersekongkol dengan Perancis dan British menumbangkan khilafah Turki Uthmaniyah untuk rundingan untuk penubuhan negara Arab dan Yahudi yang 'merdeka'.

Selepas itu, Weizmann mengetuai delegasi Zionis pada Persidangan Keamanan di Versailles. Pada tahun 1920, dia menjadi pimpinan Organisasi Zionis Dunia (WZO) dan mengetuai Agen Yahudi yang ditubuhkan pada tahun 1929.

Pada tahun 1930-an, Weizmann meletakkan dasar Institut Penyelidikan Daniel di Rehovot, yang kemudian menjadi Institut Weizmann iaitu tenaga penggerak utama di belakang penyelidikan ilmiah Israel.

Pada tahun 1937, dia membina rumahnya di Rehovot. Chaim Weizmann kembali semula menjawat jawatan sebagai pemimpin WZO pada tahun 1935-1946.

Sepanjang Perang Dunia ke II, dia menyumbang banyak usaha dalam membentuk angkatan bersenjata Israel.

Selepas berakhirnya Perang Dunia II dan konspirasi Barat yang kemudian membentuk "negara" Israel pada 29 November 1947, Weizmann diangkat sebagai presiden pertama Israel sehingga dia meninggal dunia pada tahun 1952.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon