Tuesday, December 25, 2012

Aneh! Satu Kampung Memiliki Jari Seperti Ketam


Di sebuah perkampungan yang terietak di wilayah Dusun Ulutaue, daerah Bone, Sulawesi Selatan, hampir kesemua penduduknya mengalami masalah kelainan fizikal. Tangan dan kaki mereka hanya mempunyai dua jari sehingga kelihatan seperti penyepit ketanm.


Secara normal, manusia dilahirkan dengan dua tangan dan kaki, serta mempunyai lima jari di setiap bahagian berkenaana. Namun bagi penduduk di perkampungan terpencil di Sulawesi Selata itu, perkara tersebut tidak berlaku kerana rata-rata mereka hanya mempunyi dua atau tiga jari di kaki dan tangan.

Sama ada bayi baru lahir, kanak-kanak sehinggalah kepada orang dewasa, hampir kesemuanya mempunyai bentuk jari yang sama.

Boleh dikatakan, 90 peratus daripada mereka tidak memiliki tapak tangan. Yang ada hanyalah dua belahan di bahagian hujung jari yang menyerupai penyepit ketam.

Disebabkan kecacatan itu, penduduk di wilayah berkenaan menggelar perkampungan tersebut sebagai kampung manusia ketam.

Difahamkan, kecacatan ini telah melanda penduduk kampung berkenaan bermula sejak lebih dari seabad yang lalu. Ia berlaku secara turun-temurun, iaitu sejak zaman nenek moyang mereka lagi dan situasi itu masih lagi diwarisi sehingga kini.

Sesetengah penduduk menyatakan, keanehan fizikal tersebut sebagai suatu sumpahan keturunan. Namun, rata-rata mereka pasrah dengan keadaan itu dan menerima seadanya kecacatan yang telah digariskan oleh nenek moyang mereka selama ini.

Bagaimanapun, didalam kampung tersebut terdapat juga segelintir bayi yang dilahirkan tidak mengalami kecacatan 'sumpahan ketam' ini. Tetapi, bilangannya terlalu sedikit dan jumlahnya tidak sampai sepuluh peratus pun daripada keseluruhan penduduk kampung.

Namun, apa yang pasti, walaupun seseorang itu dilahirkan dalam keadaan fizikal yang normal dikampung itu, tetapi mereka masih tetap membawa keturunan gen yang sama. Besar kemungkinan, generasi berikutnya akan turut mengalami masalah ini semula.

Keadaan ini dikatakan akan terus berulang sehinggalah kepada beberapa generasi akan datang.

Sekalipun memiliki keterbatasan fizikal, tetapi warga dikampung berkenaan tetap menjalani kehidupan seperti biasa. Sebahagian besar daripada mereka merupakan penduduk miskin yang bergantung hidup kepada laut.

Kerana kecacatan itu, penduduk dikampung berkenaan kurang cenderung untuk bergaul dengan dunia luar. Kehidupan seharian penduduk hanya berkisar dikampung itu sahaja dan mereka lebih selesa dengan keadaan tersebut.

-SP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon