Akhlak atau tingkah laku, perangai, tabiat dan adat kebiasaan merupakan sifat, perbuatan atau tindakan yang dizahirkan dengan mudah tanpa perlu dipaksa.
Ia bertapak utuh di dalam diri dan menjadi cerminan manusia dalam menilai baik buruk suatu perbuatan atau amalan.
Sedarkah kita, akhlak akan mempengaruhi penentuan kedudukan timbangan amalan seseorang di akhirat kelak?
Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW, “Tiada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan amalan seorang hamba pada hari kiamat berbanding akhlak yang baik. Dan sesungguhnya Allah murka kepada orang yang berkelakuan buruk dan bermulut celupar.” (Riwayat At-Tirmidzi)
Akhlak melambangkan imej seorang Muslim yang sebenar dan seterusnya dapat memperkasakan keindahan Islam.
Menurut Imam al-Ghazali, akhlak yang mulia itu merangkumi empat perkara iaitu, bijaksana, memelihara diri dari sesuatu yang tidak baik, keberanian (menundukkan kekuatan hawa nafsu) dan bersifat adil.
Ia jelas merangkumi segala sifat baik dalam kehidupan kita umpamanya hidup bersilaturrahim, mempertahankan agama dengan berani, berbakti kepada keluarga dan negara, senantiasa bersyukur, sabar, redha dengan ujian, jujur, bercakap benar, dan sebagainya.
BACA INI JUGA: Kisah Benar Suami Mengaku Curang Dengan Janda