Thursday, November 29, 2012

Tips Merancang Jantina Anak Anda


Tips ini saya ambil dari website Dr Hamid Arshat, Pakar Sakit Puan, bagaimana cara merancang waktu paling sesuai untuk anda melakukan hubungan seks, dengan harapan untuk 'menentukan' jenis jantina anak apabila lahir nanti.

Jantina+Anak

Sepertimana dengan tips-tips lain, tiada satu pun akan menjamin 100% keberkesanannya, namun menurut Dr Hamid, dengan izin Allah, tips ini 70% kebarangkalian untuk mencapai kejayaan.

XY, XX

Para suami harus mengetahui anda adalah penentu dalam jantina anak-anak. Benih lelaki membawa kromosom X dan Y manakala benih wanita hanya membawa kromosom X. Gabungan kromosom X-X akan menghasilkan anak perempuan manakala X-Y akan menghasilkan anak lelaki.

Ciri-Ciri X dan Y
  • X – Jangka hayat lebih lama, Bergerak lambat, Tahan dalam keadaan berasid.
  • Y – Jangka hayat singkat, Bergerak pantas, Tahan dalam keadaan berakali.

Petua Untuk Mendapat Anak Lelaki [XY]

1. Makanan Berasid

Seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman bergas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2. Seks Waktu Isteri Subur

Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting.

3. Douching

Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan 'douching' atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas, 20 ml.

Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4. Kaedah suntikan benih lelaki (artificial insemination)

Setelah air mani suami menjalani proses 'layering', atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim.

Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

Petua Untuk Mendapat Anak Perempuan [XX]

1. Makan Makanan Berasid

Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.

2. Seks Sebelum Waktu Subur

Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari 'ovulation' yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur.

3. Douching

Melakukan douching dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

Kita merancang, Allah juga merancang dan sebaik-baik perancang. Apa yang ditentukan pastinya itu adalah terbaik untuk kita.

Selamat Mencuba!

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon