Wednesday, November 28, 2012

Tembok Besar Kumbhalgarh Kedua Terbesar Selepas The Great Wall of China


Tahukah anda, di India ada terdapat sebuah benteng pertahanan dikenali sebagai Tembok Besar Kumbhalgarh dan ia merupakan tembok besar kedua terbesar selepas Tembok Besar China.

Tembok Kedua Terpanjang Selepas Tembok Besar China

Tembok besar di India yang digelar The Great Wall of India dibina semasa pemerintahan Raja Maharana Kumbha, sekitar abad ke 15 pada tahun 1443 Masihi dan pembinaannya diteruskan sehingga abad ke 19.

Tembok Kedua Terpanjang Selepas Tembok Besar China

Tembok Kedua Terpanjang Selepas Tembok Besar China

Menurut ahli sejarah, tembok ini mengambil masa selama satu abad untuk disiapkan.

Ia mula dibina selepas 50 tahun Christopher Colombus merentas Lautan Atlantik.

Lokasi Tembok Besar Kumbhalgarh

Tembok Kedua Terpanjang Selepas Tembok Besar China

Tembok Kedua Terpanjang Selepas Tembok Besar China

Tembok ini terletak 84 kilometer ke utara dari Udaipur, dalam wilayah Rajasthan di India barat.

Panjang tembok ini mencapai sehingga 36 kilometer manakala lebarnya setebal antara 15 sehingga 25 meter.

Tembok Kedua Terpanjang Selepas Tembok Besar China

Tembok Kedua Terpanjang Selepas Tembok Besar China

Tembok Besar Kumbhalgarh merupakan salah satu daripada 32 benteng pertahanan yang dibangunkan ketika pemerintahan Dinasti Mewar.

Tembok ini turut melindungi 300 buah kuil kuno Hindu dari serangan musuh.

Tembok Kedua Terpanjang Selepas Tembok Besar China

Tembok Kedua Terpanjang Selepas Tembok Besar China

Terdapat tujuh buah gerbang besar dan tujuh buah menara pengawal berbentuk bulat di sepanjang tembok ini.

Korban Suci

Tembok Kedua Terpanjang Selepas Tembok Besar China

Tembok Kedua Terpanjang Selepas Tembok Besar China

Ada kisah menyebut, kononnya ketika pembinaan benteng ini sedang berjalan, mereka menghadapi beberapa kesulitan sehingga memaksa Raja Maharana meminta nasihat daripada penasihat Hindu ketika itu.

Penasihat itu mencadangkan supaya baginda mencari seseorang yang sudi menjadi sukarelawan untuk mengorbankan dirinya jika tembok itu mahu dibina dengan kukuh tanpa sebarang kesukaran.

Tembok Kedua Terpanjang Selepas Tembok Besar China

Akhirnya, pada suatu hari datang seorang pelawat dari luar yang juga seorang tentera dan kebetulan melawat tembok tersebut.

Pelawat itu lalu meminta izin untuk dikorbankan dengan cara kepalanya dipenggal di dalam kuil.

Tembok Kedua Terpanjang Selepas Tembok Besar China

Dan hanya selepas itu, barulah pembinaan tembok ini berjalan dengan lancar.

Kononnya, hasil pembinaan tembok ini beserta keberkatan ritual pengorbanan tadi, kerajaan Hindu dapat bertahan daripada serangan musuh.

Tembok Kedua Terpanjang Selepas Tembok Besar China

Sepanjang peperangan, tembok ini hanya jatuh sekali sahaja ke tangan musuh, apabila gabungan empayar Mughal pimpinan Akhbar Khan, Raja Man Singh dari Amber, Raja Udai Singh dari Marwar dan Sultan Gujarat menyerang dengan jumlah pasukan yang besar.

Tembok Kedua Terpanjang Selepas Tembok Besar China

Selain gabungan besar ini, punca kekalahan juga disebabkan kekurangan bekalan air minuman di dalam tembok pertahanan.

Perangkap Rahsia

Tembok Kedua Terpanjang Selepas Tembok Besar China

Sehingga ke hari ini, Tembok Besar Kumbhalgarh masih lagi menjadi misteri kerana masih banyak perangkap yang masih aktif di dalam benteng ini.

Tiada orang yang berani menjelajahi keseluruhan tembok dari titik awal sehingga ke titik akhir.

Tembok Kedua Terpanjang Selepas Tembok Besar China

Tembok Besar Kumbhalgarh juga sudah dibuka kepada umum dan menjadi kawasan pelancongan kedua terkenal selepas Taj Mahal.

Kalau anda ada kesempatan, cubalah jelajahi sendiri The Great Wall of India.

BACA INI JUGA: 10 Bangunan Purba Yang Paling Di Lawati Manusia

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon