Saturday, November 03, 2012

Arca Veijo Rönkkönen, Taman Patung Yang Pelik dan Misteri


Jauh di dalam hutan Parikkala, di bahagian paling timur Finland, terletak salah satu tarikan pelancong paling gila di muka planet ini - taman arca Veijo Rönkkönen.

Arca Veijo Rönkkönen

Dianggap oleh kebanyakan orang sebagai seni rakyat kontemporari paling penting di Finland, taman arca Veijo Rönkkönen amat menarik untuk dikunjungi.

Kali pertama melawat, anda akan menemui diri dikelilingi oleh beratus-ratus patung menyeramkan, menyeringai kepada anda dengan gigi sebenar mereka, cukup menakutkan untuk anda berpatah balik sebaik sahaja menjejakkan kaki ke taman.

Veijo Rönkkönen, bekas pekerja kilang kertas, menyiapkan arca pertamanya pada tahun 1961 dan kini halaman rumahnya dan disepanjang laluan, dipenuhi lebih 450 patung, 200 daripadanya adalah potret artis dalam kedudukan Yoga.

Setakat ini, patung-patung itu mempunyai pembesar suara yang tersembunyi di dalamnya dan kesan bunyi menambah kemeriahan tempat ini.

Walaupun dia mempunyai peluang untuk mempamer dan menjual karya seninya dalam lelongan, Veijo Rönkkönen tidak pernah bersetuju untuk mempamerkan seninya.

Setiap kali dia diminta mempamerkan karyanya, dia sekadar menjawab perlu membincangkannya dengan patung-patung tersebut terlebih dahulu. Malangnya, mereka tidak pernah bersetuju untuk melancong.

Taman arca Veijo Rönkkönen adalah percuma untuk dikunjungi, jika anda berani, tetapi artis menegaskan setiap pelawat harus menandatangani buku log, sebelum mereka pergi.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon