Tahukah Anda? Rasulullah SAW bersabda: “Sejahat-jahat manusia pada Hari Kiamat nanti ialah orang yang bermuka dua. Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di hari kiamat kelak akan mempunyai dua lidah dari lidah api neraka jahanam.”
Sabda Rasulullah SAW lagi: ”Tidak masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita.”
Apabila ditanya apa hikmahnya. Baginda SAW menjawab; ”Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan semua makhluk itu mempunyai lidah, sama ada yang boleh berkata-kata ataupun tidak boleh berkata-kata.”
Salah seorang sahabat pun bertanya, ”Kenapa ikan tidak mempunyai lidah?”
Sabda Rasulullah SAW: ”Setelah Allah selesai menciptakan Adam a.s maka diperintahkan sekelian Malaikat agar tunduk sujud kepadanya. Semua Malaikat patuh kecuali Iblis laknat. Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya dari syurga dan di hapuskan rupanya yang elok itu lalu di hantar ke bumi.
Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus menuju ke laut dan makhluk pertama yang di jumpainya ialah ikan.
Iblis pun menceritakan keburukkan dan kekurangan Adam a.s kepada ikan katanya; ”Sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang-binatang yang ada dilautan dan didaratan.”
Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s.
Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah, lalu dihilangkan lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak benar.”
Sumber: Aidanatasya.com