Thursday, November 01, 2012

Pusat Urut Menawarkan Khidmat Urut Batin Diserbu


Taktik pemilik sebuah rumah urut yang berselindung di sebalik pusat refleksologi berjaya dihidu penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dalam operasi yang dijalankan sekitar sini, semalam.

Pusat Urut Menawarkan Khidmat Urut Batin Diserbu.

Rumah kedai tiga tingkat itu dipercayai turut menawarkan urutan batin melalui penemuan empat bekas cecair pelincir yang digunakan.

Selain itu, dua pekerja tukang urut berasal dari China turut ditemui di premis berkenaan ketika sedang melayan pelanggan di tingkat tiga.

Manakala di tingkat dua, dua pintu tersembunyi ditemui dipercayai tempat pekerja warga China itu menyorok sekiranya terdapat serbuan daripada pihak berkuasa.

Difahamkan, premis yang beroperasi lebih setahun itu pernah diserbu polis awal tahun ini namun masih beroperasi seperti biasa.

Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPS merangkap Ketua Operasi, Megat Ainul Fadzlil Ainul Fadzil berkata, dua pusat refleksologi di Rawang Sentral disita selepas beroperasi tanpa permit sejak tahun lalu.

“Penguatkuasaan dilakukan di bawah Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Kesihatan (2007) dan sebanyak RM1,000 dikenakan atas kesalahan itu.

“Barang rampasan melibatkan 20 tilam, tiga set urut kaki dan cecair urutan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

-Sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon