Wednesday, November 21, 2012

Pelajar Kolej Maut Di Gilis Lori Tangki


Info Ngeri. Seorang pelajar kolej maut dalam keadaan menyayat hati apabila motosikal yang ditunggangi dipercayai dirempuh sebuah lori tangki menyebabkan kepalanya pecah dan maut di tempat kejadian.


Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi tadi, mangsa yang menuntut di sebuah kolej swasta di Sri Gombak dikatakan dalam perjalanan ke kelas sebelum terbabit dalam kemalangan itu.

Sumber polis berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa dilanggar sebuah kenderaan lain dipercayai sebuah lori tangki.

Katanya, ketika kejadian, mangsa, Masrick Masikul, 20 berasal dari Kudat, Sabah menunggang di lorong tengah menyebabkan motosikalnya tercampak manakala mangsa terpelanting di bawah kenderaan berat itu.

Menurutnya, kepala mangsa yang masih lengkap bertopi keledar digilis sehingga hancur.

“Ketika kejadian dia menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha LC135 di Kilometer 10.31 Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dari arah Batu Caves menghala ke Gombak.

“Mangsa yang baru lapan bulan belajar di kolej disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya.

Siasatan mendapati mangsa tiada lesen memandu.-Sinarharian

Foto: Ondscene.my

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon