Sunday, November 18, 2012

Misteri Ular Hitam Didalam Genggaman Ratu Elizabeth


Gambar ular misteri yang melingkar muncul dalam lukisan abad ke-16 yang menggambarkan Ratu Elizabeth I, demikian dinyatakan National Portrait Gallery di London.

Ular-hitam

Menurut para pengkaji, ular itu dalam versi asalnya digambarkan sedang melingkar di jari-jari ratu. Namun gambar ular tersebut dianggap kurang sesuai oleh pelukisnya dan diganti dengan lukisan seikat mawar.

Kini, setelah bertahun-tahun, ular muncul lagi biarpun lukisan ini telah dimakan usia dan memudarkan gambar bunga mawarnya.

Adapun lukisan ini dilukis oleh seniman yang tidak dikenali pada tahun 1580an atau awal 1590an. Lukisan ini belum dipamerkan di galeri London sejak 1921 tapi akan menjadi sebahagian sebuah pameran bertema The Changing Faces of Elizabeth I, dari 13 Mac 26 September.

Menurut kurator galeri, seekor ular kadang-kadang digunakan untuk melambangkan kearifan, kebijaksanaan dan kekuasaan penghakiman, tetapi makhluk-makhluk bersisik itu juga dikaitkan dengan simbol syaitan dan dosa.

Jadi, pelukis mungkin menghapuskan lambang ular kerana alasan dua pengertian berbeza itu. Ular yang ada dalam genggaman Ratu berwarna hitam tetapi memiliki sisik biru kehijauan dan hampir pasti dilukis berdasarkan imaginasi kerana ianya lebih mirip naga daripada ular.

Ular-hitam [2]

Dalam pemotretan sinar-X ditemui juga wajah wanita lain yang identitinya tidak diketahui. Wajah perempuan tidak dikenali itu menghadap ke arah yang berlawanan dan dalam posisi yang lebih tinggi daripada wajah ratu. Mata dan hidung di wajahnya tertutup oleh dahi Ratu Elizabeth.

Galeri foto yakin wajah perempuan itu adalah lukisan awal karya pelukis berbeza yang ditutup dengan lukisan wajah Ratu.

Perkara tersebut menunjukkan bagaimana lukisan abad ke-16 kadang-kadang di ulang oleh seniman. Wanita yang tak dikenali itu kelihatan mengenakan tudung Perancis, dengan pakaian gaya tahun 1570-1580an.

Ertinya ada selang waktu beberapa tahun sebelum lukisan itu kembali diulang untuk melukis potret Elizabeth.

BACA INI JUGA: Menanti Kemunculan Bangsa Yakjuj dan Makjuj Di Akhir Zaman

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon