Pada 29 April 1961, seorang doktor ketika menyertai ekspedisi Antartika Rusia di stesen "Novolazarevskaya", Leonid Rogozof (27 tahun), diserang demam dan diserang sakit perut yang teruk. Keesokannya keadaan menjadi semakin parah.
Tidak mungkin di daerah kutub yang terpencil itu ada pesawat untuk disewa untuk membawanya ke hospital.
Tak mungkin pula dia dapat meminta pertolongan daripada doktor yang lain, kerana dialah satu-satunya doktor yang ada di tempat ekspedisi tersebut.
Akhirnya pada malam 30 April 1961, Dr. Leonid terpaksa melakukan pembedahan terhadap dirinya sendiri, untuk memotong dan mengeluarkan organnya, appendix yang telah meradang.
Ketika pembedahan, dia menggunakan ubat bius tempatan (local anesthesia), dibantu oleh seorang mekanik dan seorang ahli meteorologi yang ada dalam ekspedisi tersebut.
Sambil berbaring setengah membongkok ke arah sisi kiri, dia menyuntik ubat bius "novocaine" kebadannya, kemudian melakukan torehan sepanjang 12 cm di bahagian perut kanannya (iliac) dengan pisau bedah.
Dengan melihat melalui cermin kecil sambil meraba-raba, Leonid melakukan pembedahan, mengeluarkan appendixnya dan menyuntik antibiotik di bahagian perut dan kemudian menjahit lukanya.
Kedua-dua orang "pembantu" (mekanik dan metrologist) membantu memegang cermin kecil dekat perut dan memberi peralatan perubatan kepada Leonid.
Operasi ini berjalan selama 1 jam 45 minit untuk selesai.
Lima hari selepas pembedahan, keadaan Leonid kembali pulih dan 2 hari berikutnya jahitan luka dibuang.
Semua peralatan yang digunakan untuk melakukan pembedahan yang hebat itu, kini berada dan dipamerkan di muzium "Artik dan Antartika" di St. Petersburg, Rusia.
BACA INI JUGA: Bunga Yang Mekar Sekali Dalam Tempoh 3000 Tahun
sumber: anehdidunia

salute !
ReplyDeleteMemang doktor terbaik..:)
Deletewow memang salute dengan doktor ni...
ReplyDeleteMungkin satu-satunya di dunia..:)
ReplyDelete