Friday, November 23, 2012

Fakta Tentang Sifat Seksual Lelaki Yang Anda Perlu Tahu


Sifat lelaki sebenarnya sangat simple berbanding wanita. Hanya berikan mereka seluar dan baju, lelaki sudah mampu berjalan kehulu dan kehilir tanpa sebarang masalah. Wanita pula sentiasa berfikir secara berlebihan, itu yang menyebabkan dirinya sukar untuk difahami oleh orang lelaki. Berlainan pula dengan orang lelaki ini.

Sifat Seksual Lelaki
Gambar hiasan.

Lelaki lebih tenang dan santai tetapi masih juga sukar untuk difahami wanita. Adakah wanita sukar untuk menangkap sesuatu yang mudah? Atau mereka ini lebih gemarkan sesuatu yang begitu rumit untuk difahami.


Nak tahu lebih lanjut tentang seksual lelaki, baca artikel tentang mereka kat bawah ini:
  • Jumlah air mani lelaki tidak lebih daripada 2 sudu teh ketika ejakulasi berlaku.
  • Seseorang lelaki berejakulasi sebanyak 7200 kali sepanjang hayat secara puratanya.
  • Seseorang lelaki melancap/masturbasi sebanyak 2000 kali secara puratanya sepanjang hayat mereka.
  • 14 gelen air mani lelaki akan terhasil jika air mani tersebut dikumpulkan sepanjang hayatnya.
  • Kelajuan pancutan air mani ketika ejakulasi adalah 55 km/jam.
  • Jumlah kalori bagi satu sudu air mani adalah 7 kalori.
  • Waktu menghairahkan bagi seseorang lelaki untuk bersetubuh adalah pagi hari.
  • Untuk menguatkan kemampuan alat seksual anda adalah berhenti merokok, bersenam dan jaga pemakanan.
  • Makanan untuk menguatkan kemampuan alat seksual anda adalah kerang, daging tanpa lemak, roti gandum dan seafood.
  • 60% daripada jumlah lelaki di dunia ini pernah melancap/masturbasi.
  • Secara umumnya bau air mani bergantung pada apa yang dimakan. Jika terlalu banyak makan makanan berlemak baunya adalah hanyir dan jika pemakanan anda seimbang baunya sedikit hamis. Dan jika makan asparagus bau air mani akan menjadi sangat kuat.
  • Rekod dunia zakar terpanjang adalah sepanjang 13.5 inci lebih kurang 34.29 cm.

Berikut adalah sifat lelaki yang sukar difahami wanita:

1. Pemilihan bentuk badan

Orang lelaki tidak menyukai wanita yang kurus mahupun yang gemuk. Mereka ini suka melihat sesuatu yang sukar untuk dicapai oleh seseorang wanita. Bagi mereka, jika terlalu gemuk dan kurus ini menunjukkan bahawa wanita itu sukar untuk menjaga dirinya

2. Tidak suka ambil tahu

Wanita biasanya mahukan perhatian daripada pasangannya, tetapi lelaki pula lebih memilih untuk tidak kisah akan pasangannya. Mereka beranggapan bahawa, mereka tidak perlu mememaksa seseorang menceritakan hal peribadinya kepadanya. Ia juga tidak kisah sekiranya pasangannya tidak begitu berkongsi.

3. Pemilihan pakaian

Agak sukar untuk melihat lelaki yang memilih pakaian agak lama. Hal ini kerana, lelaki lebih suka memilih sesuatu yang selesa dan sedap mata memandang. Maka dengan itu mereka ini lebih mudah dan pantas ketika membeli belah.

4. Terlalu tenang

Apabila berhadapan dengan masalah, mereka ini lebih santai dan tidak terlalu terburu-buru. Mereka tahu setiap masalah itu ada penyelesaiannya, maka dengan itu mereka hanya perlu mencari penyelesiannya bukan menambahkan lagi masalah.

Empat sifat ini sememangnya akan membuat wanita pening untuk memahami lelaki. Hal ini kerana, wanita sentiasa memikirkan sesuatu secara berlebihan, manakala lelaki pula lebih memikirkan tujuan dan perkara yang ringan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon