Wanita adalah manusia 'pelik' dan banyak perkara tentang mereka yang langsung tidak diketahui mahupun difahami oleh lelaki dan mereka sering merungut dengan perangai wanita yang kadang kala sukar untuk mereka ramal. Sekejap macam baik-baik sahaja, tetapi sekejap lagi dia boleh tiba-tiba marah dan merajuk tak tentu pasal.
Perlu anda tahu bahawa walaupun manusia masing-masing mempunyai otak dan akal fikiran, namun ia sebenarnya sangat berbeza jika mahu membandingkan di antara sikap laki-laki dan juga wanita.
Memahami perbezaan tentang bagaimana otak wanita berfikir, mungkin sedikit sebanyak dapat membantu kaum lelaki dalam mengenal dan mengawal emosi wanita.
8 FAKTA TENTANG AKAL WANITA LELAKI WAJIB FAHAM
1. Sentiasa berubah-ubah
Perubahan yang berlaku pada lelaki dan wanita adalah disebabkan oleh hormon, tetapi kaum wanita lebih terdedah kepada perubahan ini kerana tahap hormon mereka yang sentiasa berubah-ubah.
Kitaran haid bulanan wanita juga menjadi faktor kepada perubahan hormon ini dan ia juga memainkan peranan penting dalam setiap perubahan tingkah laku. Jadi, tak hairanlah jika wanita sering marah-marah bila time PMS kan. Hehe
2. Kuasa psikik
Gerak hati wanita bukan hanya sekadar mitos. Para saintis telah membuat teori bahawa wanita mungkin mempunyai deria keenam, seiring dengan peningkatan usia mereka dan perkara ini boleh dilihat dengan jelas selepas mereka sudah melahirkan anak.
Apabila bayi menangis pada waktu tengah malam, si ibu akan tersedar kerana gerak hatinya mengetahui bahawa bayi itu sedang memerlukannya untuk meminta susu atau berasa tidak selesa.
Berbanding lelaki, ada segelintir daripada mereka yang langsung tidak sedar ketika anaknya menangis di waktu malam.
3. Bertindak lebih agresif
Cara wanita meluahkan rasa ketidakpuasan hati mereka adalah lebih agresif berbanding lelaki. Jika lelaki mungkin lebih cenderung kepada serangan keganasan fizikal untuk meluahkan rasa tidak puas hati, namun berbeza bagi wanita.
Langsung tidak menggunakan kekerasan, dalam menyelesaikan sebarang masalah wanita lebih menggunakan pendekatan secara diplomatik. Mereka mungkin bijak dalam memanipulasi dan membuat rundingan untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu.
4. Ketidakpastian
Sudah menjadi kebiasaan bagi seorang wanita apabila sering berasa curiga, lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan konflik bersama pasangan.
“Silent treatment” mungkin adalah satu tindakan yang dibenci oleh kaum lelaki, tetapi mereka harus menerima cara ini kerana wanita lebih suka menggunakan pendekatan ini dalam menyelesaikan perselisihan di antara pasangan.
Mereka sering dibelenggu dengan sikap ‘ingin tahu’ dan ‘ragu-ragu’ dalam perhubungan dan cenderung untuk membuatkan mereka berasa susah hati dan sering kecewa.
5. Like a switch light
Dalam soal hubungan seksual, wanita lebih mudah untuk hilang nafsu ketika sedang mengadakan hubungan bersama pasangan.
Golongan ini lebih sukar untuk dipuaskan berbanding lelaki. Berbeza dengan lelaki, mereka lebih mudah untuk membuat keputusan dalam melakukan hubungan intim.
6. Naluri keibuan
Golongan lelaki perlu bersedia untuk berhadapan dengan perubahan besar yang berlaku kepada wanita apabila mereka disahkan mengandung atau baru sahaja bergelar ibu.
Bukan sahaja perubahan fizikal, emosi yang disebabkan oleh mengandung dan melahirkan anak juga turut menjadi perubahan besar dalam kehidupan seorang wanita.
Mujur sifat keibuan yang hadir dalam diri mereka diberikan secara semula jadi dan kerana itu, walaupun mungkin tidak pernah berpengalaman menyusukan dan menjaga bayi, sikap tanggungjawab itu hadir dengan sendirinya dalam diri mereka.
7. Perimenopause
Tidak seperti lelaki, wanita melalui dua fasa ‘alam remaja’ dalam kehidupan mereka. ia berlaku seawal wanita mengalami akil baligh di usia remaja dan kemudian menghadapi satu lagi kitaran yang dikenali sebagai perimenopause yang biasanya berlaku pada usia 40-an.
Keadaan ini boleh menyebabkan perubahan hormon yang tidak menentu dan mungkin menyebabkan mereka bersikap sedikit keanak-anakan. Jangka masa perimenopause ini biasanya terjadi selama antara dua hingga sembilan tahun sebelum menopaus.
8. Suka cabaran
Kaum wanita yang mengalami perubahan selepas menopaus boleh menyebabkan keinginan mereka meningkat untuk melakukan aktiviti-aktiviti mencabar dan jangan terkejut bila melihat wanita yang sudah berusia masih lagi aktif melakukan kerja-kerja sukarelawan untuk kepuasan diri mereka. Ha, macam mana?
Tak kira lelaki atau wanita, mesti ada yang tersenyum bila baca point-point yang kami kongsi kan ini sebab memang ‘kena’ dengan personality segelintir wanita yang korang kenal atau mungkin ada yang terkena batang hidung sendiri? Hiks!
4 FAKTA PELIK TENTANG WANITA
6 FAKTA TENTANG TUBUH WANITA
1. Wanita lebih memerlukan tidur berbanding lelaki!
Tidur yang tidak cukup akan memberi kesan yang berlainan kepada lelaki dan wanita.
Hasil kajian penyelidik di Pusat Perubatan Universiti Duke mendapati wanita yang kekurangan tidur mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit kencing manis dan masalah jantung berbanding dengan lelaki yang mendapat jumlah tidur yang sama.
Wanita juga boleh mengalami tekanan fisiologi, jadi pastikan anda cuba tidur apabila ada peluang!
2. Otak wanita lebih kepada emosi
Secara amnya, lelaki mempunyai otak yang lebih besar dan sepadan dengan saiz badan mereka.
Ahems, tetapi otak yang lebih besar tidak semestinya bermaksud lebih pandai ya! Fungsi bahagian-bahagian otak yang tertentu juga sangat berbeza antara kedua-dua jantina.
Wanita lebih banyak menggunakan kawasan otak yang mengawal bahasa dan emosi. Memang menakjubkan ciptaan Tuhan, kerana kita dianugerahkan naluri ibu yang kuat!
3. PMS bukan perkara mengarut
Sebagai wanita, kita mengalami hormon yang turun naik setiap kitaran, dan ramai wanita biasanya akan mengalami perubahan emosi terutamanya sebelum datang haid (juga dikenali sebagai sindrom pra-haid, PMS).
Mood yang tidak tentu, perut serta payudara yang sakit, rasa letih, dan hanya mahu rehat bukan sekadar olok-olok sahaja. Sesetengah wanita sakit teruk sehingga tidak dapat tinggalkan rumah!
4. Wanita lebih senang dapat masalah kencing kotor
Ini disebabkan oleh uretra, iaitu tiub saluran kencing wanita yang lebih pendek.
Tiub ini juga terletak berhampiran dengan pembukaan faraj, di mana bakteria boleh bergerak dengan mudah dari kemaluan ke saluran kencing dan menyebabkan UTI.
Oleh itu, amalkan pemakanan yang seimbang, jaga kebersihan bahagian kelamin dan pastikan anda tidak tahan kencing setiap kali sebelum atau selepas bersetubuh.
5. Kes kanser ovari semakin banyak di Malaysia
Hanya wanita mempunyai ovari dan ia adalah organ dalaman yang tidak dapat diperiksa untuk keabnormalan seperti memeriksa testis seorang lelaki.
Apabila terdapat masalah atau sebarang pertumbuhan yang tidak sepatutnya berada di situ, ia selalu dikesan terlalu lambat kerana terdapat banyak ruang di dalam ovari wanita untuk sel kanser berkembang.
Kesnya sama juga untuk pesakit kanser serviks.
Biarpun kita selalu dengar tentang kejadian kanser ovari dan kanser serviks di Malaysia, kedua-dua penyakit ini boleh dikesan awal melalui pemeriksaan rutin dengan pakar wanita dan menjalankan ujian makmal tahunan.
6. Ujian ThinPrep Pap sebenarnya lebih berkesan dari ujian Pap smear biasa
Virus Human Papilloma adalah virus yang menyebabkan kanser serviks wanita dan tujuan ujian Pap Smear tahunan ialah untuk menangkap kehadiran virus ini dan mengesan sebarang keabnormalan di lapisan serviks.
Walaubagaimanapun, ujian Pap Smear adalah teknik lama, dan kini terdapat alternatif baru yang lebih berkesan.
Ujian ThinPrep Pap terbukti lebih tepat daripada ujian Pap Smear biasa dan peluang untuk mengesan perubahan selular awal adalah lebih tinggi.
Jika anda belum lagi sempat melakukan pemeriksaan tahunan, jangan berlengah lagi. Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa.
Adakah ini bermaksud fungsi tubuh wanita lebih lemah dari fungsi tubuh lelaki? Sudah tentunya tidak.
Tetapi wanita seringkali mementingkan anak dan keluarga sehingga lupakan menjaga keperluan dan kesihatan sendiri.
Tabiat ini perlu berubah kerana ia tidak baik untuk diri: andalah penawar dan penyeri keluarga.
Dapatkan semua jawapan anda mengenai fungsi tubuh wanita berserta ujian kesihatan tahunan di hospital berdekatan.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
sumber: 1 | 2

- Wanita kurang tersedu berbanding lelaki.
- Wanita berkelip 2 kali ganda lebih daripada lelaki.
- Tulang rusuk lelaki bagi manusia kurang 1 daripada wanita diketahui pada tahun 1543 semasa pembedahan autopsi yang pertama kali dilakukan.
- Wanita hanya memerlukan zakar sepanjang 6 cm sahaja untuk memuaskan mereka. Jadi, lelaki diluar sana, jangan la rasa rendah diri jika ‘benda’ anda pendek.
6 FAKTA TENTANG TUBUH WANITA
1. Wanita lebih memerlukan tidur berbanding lelaki!
Tidur yang tidak cukup akan memberi kesan yang berlainan kepada lelaki dan wanita.
Hasil kajian penyelidik di Pusat Perubatan Universiti Duke mendapati wanita yang kekurangan tidur mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit kencing manis dan masalah jantung berbanding dengan lelaki yang mendapat jumlah tidur yang sama.
Wanita juga boleh mengalami tekanan fisiologi, jadi pastikan anda cuba tidur apabila ada peluang!
2. Otak wanita lebih kepada emosi
Secara amnya, lelaki mempunyai otak yang lebih besar dan sepadan dengan saiz badan mereka.
Ahems, tetapi otak yang lebih besar tidak semestinya bermaksud lebih pandai ya! Fungsi bahagian-bahagian otak yang tertentu juga sangat berbeza antara kedua-dua jantina.
Wanita lebih banyak menggunakan kawasan otak yang mengawal bahasa dan emosi. Memang menakjubkan ciptaan Tuhan, kerana kita dianugerahkan naluri ibu yang kuat!
3. PMS bukan perkara mengarut
Sebagai wanita, kita mengalami hormon yang turun naik setiap kitaran, dan ramai wanita biasanya akan mengalami perubahan emosi terutamanya sebelum datang haid (juga dikenali sebagai sindrom pra-haid, PMS).
Mood yang tidak tentu, perut serta payudara yang sakit, rasa letih, dan hanya mahu rehat bukan sekadar olok-olok sahaja. Sesetengah wanita sakit teruk sehingga tidak dapat tinggalkan rumah!
4. Wanita lebih senang dapat masalah kencing kotor
Ini disebabkan oleh uretra, iaitu tiub saluran kencing wanita yang lebih pendek.
Tiub ini juga terletak berhampiran dengan pembukaan faraj, di mana bakteria boleh bergerak dengan mudah dari kemaluan ke saluran kencing dan menyebabkan UTI.
Oleh itu, amalkan pemakanan yang seimbang, jaga kebersihan bahagian kelamin dan pastikan anda tidak tahan kencing setiap kali sebelum atau selepas bersetubuh.
5. Kes kanser ovari semakin banyak di Malaysia
Hanya wanita mempunyai ovari dan ia adalah organ dalaman yang tidak dapat diperiksa untuk keabnormalan seperti memeriksa testis seorang lelaki.
Apabila terdapat masalah atau sebarang pertumbuhan yang tidak sepatutnya berada di situ, ia selalu dikesan terlalu lambat kerana terdapat banyak ruang di dalam ovari wanita untuk sel kanser berkembang.
Kesnya sama juga untuk pesakit kanser serviks.
Biarpun kita selalu dengar tentang kejadian kanser ovari dan kanser serviks di Malaysia, kedua-dua penyakit ini boleh dikesan awal melalui pemeriksaan rutin dengan pakar wanita dan menjalankan ujian makmal tahunan.
6. Ujian ThinPrep Pap sebenarnya lebih berkesan dari ujian Pap smear biasa
Virus Human Papilloma adalah virus yang menyebabkan kanser serviks wanita dan tujuan ujian Pap Smear tahunan ialah untuk menangkap kehadiran virus ini dan mengesan sebarang keabnormalan di lapisan serviks.
Walaubagaimanapun, ujian Pap Smear adalah teknik lama, dan kini terdapat alternatif baru yang lebih berkesan.
Ujian ThinPrep Pap terbukti lebih tepat daripada ujian Pap Smear biasa dan peluang untuk mengesan perubahan selular awal adalah lebih tinggi.
Jika anda belum lagi sempat melakukan pemeriksaan tahunan, jangan berlengah lagi. Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa.
Adakah ini bermaksud fungsi tubuh wanita lebih lemah dari fungsi tubuh lelaki? Sudah tentunya tidak.
Tetapi wanita seringkali mementingkan anak dan keluarga sehingga lupakan menjaga keperluan dan kesihatan sendiri.
Tabiat ini perlu berubah kerana ia tidak baik untuk diri: andalah penawar dan penyeri keluarga.
Dapatkan semua jawapan anda mengenai fungsi tubuh wanita berserta ujian kesihatan tahunan di hospital berdekatan.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
- Lelaki Thai Kongsi Rahsia Cara Mengayat Wanita Rusia Terus Ikut Balik 'Rumah'!
- Sambutan Hari Wanita Antarabangsa, International Women's Day
sumber: 1 | 2