Tuesday, November 20, 2012

Dadah Yang Menyebabkan Daging dan Kulit Mereput


Info Ngeri. Russia merupakan negara dengan paling ramai penagih heroin dan Krokodil adalah versi dadah dengan kesan yang hampir sama tetapi dihasilkan sendiri penagih di rumah mereka selalunya.

Ini kerana, harga heroin yang terlalu tinggi tidak mampu dibeli sebahagian besar penagih di negara itu.


Dengan kandungan kimia yang keterlaluan, Krokodil mampu ‘memakan’ daging penggunanya. Ia akan mula menghancurkan daging dari dalam dan perlahan-lahan, sampai ke permukaan kulit.

Krokodil adalah istilah Russia untuk Crocodile (buaya). Ini kerana, dadah itu akan memakan isi badan dan menjadikannya berlubang-lubang dan bersisik yang mana sekali pandang, kulit penagih akan menjadi macam kulit buaya.

Ia dibuat dengan campuran minyak tanah, asid hidroklorik dan fosforus merah. Sebaik memasuki sistem tubuh, Krokodil akan mula memcah pembuluh darah dan tisu badan mulai mati.

Dalam tempoh hanya dua atau tiga bulan pengunaan, simptom seperti daging mati dan menjadi hitam akan mula dapat dilihat.

Ia mampu menukar seorang penagih menjadi zombie.

Dadah ini banyak digunakan di Siberia. Disebabkan saiz negara itu yang terlalu luas, untuk pembasmian penyalahgunaan dadah menjadi satu perang yang tidak berkesudahan.

Sikap kerajaan negara itu yang tidak memberikan peruntukan banyak kepada usaha pemulihan memburukkan lagi keadaan.-Illustrasiaku.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon