Friday, November 16, 2012

China Cipta Selaput Dara Palsu (AVH) Pula!


China memang terkenal dengan pasaran ekonomi mereka dan pembuatan barangan tiruan. Contohnya, suatu ketika dulu kita dihebohkan dengan Telur tiruan buatan China.

Artificial virginity hymen (AVH)

Sekarang selaput dara buatan China, artificial virginity hymen (AVH) juga sudah ada dipasaran. AVH yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluar China, Gigimo, itu kononnya dijual dengan harga 30 dollar AS.

AVH dikatakan akan mengeluarkan cairan seperti darah jika pecah.

Gigimo memasarkan produknya di beberapa negara, terutama negara yang masih menganggap dara adalah hal yang mutlak dimiliki perempuan sebelum bernikah.

Menurut pengeluar tersebut, selaput dara palsu tidak dikenali di dunia perubatan. Namun, dalam dunia perubatan memang ada teknik pembedahan untuk membaiki selaput yang rosak, iaitu hymenoplasti.

Selaput dara adalah lapisan mukos yang mengelilingi atau menutupi sebahagian vagina. Lapisan tersebut memiliki pembuluh darah dan saraf. Akibatnya, tusukan pada selaput dara sering kali diikuti dengan pendarahan dan rasa ngilu.

"Lubang selaput dara besarnya kira-kira hanya satu jari. Jadi, kalau terjadi persetubuhan akan berlaku kemasukan, kecuali vagina yang sangat elastik yang tidak akan berlaku pendarahan ketika kemasukan zakar".

Wanita masih dihargai dan dipandang tinggi nilai daranya. Dan kalau produk ini berjaya, adakah maksudnya kejujuran tidak bermakna lagi?

AVH biasanya dilakukan oleh doktor, misalnya pada mangsa perkosaan. Tujuan AVH adalah mengembalikan selaput pada keadaan sebelum terjadinya tusukan zakar atau objek tumpul.

Namun, perlu diingat bahawa ketebalan, bentuk dan elastik selaput dara berbeza pada setiap wanita.

BACA INI JUGA: Selaput Dara Bukan Simbol Kesucian Wanita

sumber: blm

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon