Tuesday, November 27, 2012

Artis Wanita Melayu Yang Sanggup Berbogel Dalam Filem


Kehendak skrip, menjiwai dan menghayati watak selain membuktikan keberanian diri mencuba sesuatu yang baru, akhirnya mendorong pelakon menggadaikan maruah serta perasaan malu apabila sanggup membelakangi norma masyarakat dan memperjudikan hukum agama sekalipun memberi alasan ia dilakukan atas tujuan kerja mahupun nilai estetika sesebuah karya itu.

Jom kali ini kita selongkar antara artis yang menayangkan tubuh mereka di dalam filem bagi menjayakan watak yang dilakonkan!

Ana Dahlia


Pelakon baru yang meningkat naik menerusi drama Nora Elena ini memberitahu dia juga pernah mendedahkan tubuh untuk filem lakonannya berjudul Mantra.

Gambar yang mendedahkan belakang Ana Dahlia itu yang dijadikan poster filem Mantra walaupun menjadi kontroversi, Ana mengakui tindakan berani itu sekadar memenuhi watak yang dibawakannya.

Fasha Sandha


Fasha Sandha kembali menyengat dalam sebuah filem Prof Madya A. Razak Mohaideen dalam sebuah filem seram berjudul Skrip 7707.

Kali ini, Fasha Sandha dengan berani matinya berkemban dalam satu scene di mana Fasha Sandha mandi di perigi yang hanya didindingi oleh daun kelapa.

Realitinya, memang orang kampung dulu-dulu mandi berkemban, tidak macam orang zaman sekarang yang kebanyakannya tidak menutup badan ketika mandi.

Nabila Huda


Filem Bohsia – Jangan Pilih Jalan Hitam ini mengetengahkan unsur-unsur gejala negatif seperti mat rempit, bohsia, salah guna dadah dan seks luar nikah, maka dikenakan klasifikasi 18PL (penonton berusia bawah 18 tahun dilarang menonton atas sebab unsur ganas, seks, dan kebudayaan).

Terdapat adegan Nabila Huda dirogol oleh Mat Rempit setelah kecewa dengan kekasihnya yang curang.

Maya Karin


Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah.

Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz).

Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Nurul Ain


Artis baru, Nurul Ain yang kini hangat diperkatakan dan mencetuskan kontroversi di dada akhbar dan internet apabila gambarnya yang mendedahkan bahagian belakang tubuhnya untuk adegan sebuah filem berjudul “Suatu Malam Kubur Berasap” tersebar luas di internet.

Menurut Nurul Ain, gambar itu sepatutnya tidak tersebar kerana dalam persetujuan, gambar tersebut perlu diedit terlebih dahulu sebelum digunakan bagi tujuan promosi.

Malah dia juga meminta maaf jika gambar tersebut menyinggung perasaan mana-mana pihak.

BACA INI JUGA: Rekod Dunia Mandi Bogel Dipantai

Sumber: Resepicarving.blogspot.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon