“Sudah 20 kali rumah kami terbakar dan sebelum ini, api yang kami sendiri tidak tahu dari mana datangnya pernah membakar hujung tilam dan baju disusun dalam almari.
“Kejadian dua hari lalu itu kemuncak gangguan yang kami sekeluarga alami apabila seluruh rumah pusaka berusia lebih 100 tahun yang diduduki hangus,” kata Umi Suraya Abdul Hamid, 37.
Rumah dihuni Umi Suraya bersama ibu bapanya yang uzur serta tiga beradik lain dan empat anak saudara di Kampung Pulau Keladi, di sini, dipercayai menjadi mangsa khianat individu tertentu yang tidak senang melihat kejayaan mereka sekeluarga yang mengusahakan kain tenun Pahang.
“Jika khianat yang dapat dilihat, mungkin tidak terlalu menghairankan kami, tetapi ini khianat berbentuk sihir apabila secara tiba-tiba rumah kami didatangi api yang membakar pelbagai peralatan dalam rumah hingga buntu memikirkan masalah itu,” katanya.
Menurutnya, kehadiran api misteri yang merosakkan barangan di rumahnya bermula Aidilfitri lalu.-Hmetro
Gambar hiasan