Sekumpulan ahli astronomi menemui sebuah planet dua kali lebih besar daripada Bumi dengan sebahagian besarnya adalah berlian, mengorbit bintang yang boleh dilihat dengan mata kasar.
Planet berkenaan yang dipanggil 55 Cancri e mengorbit bintang seperti matahari dalam buruj Cancer.
Ia bergerak terlalu pantas hingga tempoh setahun di sana hanya mengambil masa kira-kira 18 jam.
Penemuan oleh sepasukan penyelidik Amerika Syarikat-Perancis, garis pusatnya juga dua kali ganda daripada Bumi manakala jisimnya lapan kali lebih besar.
Planet berlian juga berkeadaan amat panas dengan suhu permukaannya mencecah 1,648 Celsius.
"Permukaan planet ini diliputi grafit dan berlian berbanding air dan granit," kata penyelidik Yale, Nikku Madhusudhan.
Dalam kajian itu, Olivier Mousis dari Institut de Recherce en Astrophysique et Planetologie di Toulouse, Perancis, menganggarkan bahawa sekurang-kurangnya satu pertiga daripada jisim planet itu yang menyamai kira-kira tiga jisim Bumi, mengandungi berlian.
Penemuan berkenaan juga adalah yang pertama kali planet berlian dilihat mengelilingi bintang seperti matahari membolehkan kajian dijalankan dengan terperinci.
"Planet adalah lebih kompleks. Planet lebih besar daripada Bumi kaya dengan berlian ini satu daripada contoh hasil penemuan yang bakal ditemui untuk kita memulakan penerokaan planet dekat dengan bintang," kata Spergel.
-Sentiasapanas.com
Gambaran artis Universiti Yale menunjukkan Planet 55 Cancri e.