Thursday, October 04, 2012

Rela Bogel Untuk Bayar Yuran Kuliah


Perempuan yang bernama Su Zizi (bukan nama sebenar) 19 tahun, menggegarkan kota Beijing. Mahasisiwi yang menuntut di Universiti Renmin ini, sebuah universiti terkenal di China mengadakan satu pameran foto bogel dirinya.


Mengikut Zizi, dia melakukan perkara tersebut kerana memerlukan duit supaya boleh terus belajar. Pameran yang meletup itu diadakan pada akhir bulan yang lalu. Walaupun pihak universiti menghalang pameran yang bertajuk "who i am?" tersebut serta menyekat akses ke website yang mempamerkan gambar-gambar bogel Zizi. Dia juga mengatakan bahawa, bagi setiap keping gambar, dia boleh mendapatkan keuntungan RM50.00.

Selesai membuat pameran, Zizi juga ada mengatakan bahawa dia ingin menjadi "body artist".

"Sembilan bulan yang lalu, saya melakukan perkara ini kerana memerlukan wang untuk membayar duit yuran kuliah dan membayar bil hospital nenek," katanya kepada CNN dalam sebuah wawancara.

"Tetapi sekarang saya ingin menjadi seorang seniman,".katanya.

Dia juga ada mengatakan bahawa apa yang dilakukannya adalah sah dari segi undang-undang. Gambar yang ditonjolkannya adalah suatu bentuk karya seni.

"Sebab itu, selain menjadi body artist, saya juga boleh menjadi seorang jurugambar,". ujarnya.

-Sentiasapanas.blogspot.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon