Tuesday, October 02, 2012

4 Petua Lelaki Elakkan Terpancut Awal


Terpancut awal adalah suatu keadaan ketika mahu melkukan hubungan seks yang mana ejakulasi berlaku terlalu awal biasanya sebelum, pada ketika atau segera setelah penetrasi, kemasukan zakar lelaki ke dalam vagina.

Masalah Pancut awal
Gambar hiasan.

Keadaan ini boleh menimbulkan masalah kepada hubungan pasangan suami isteri kerana boleh menimbulkan rasa tidak puas atau kesal dari perempuan. Perkara ini muncul kerana ejakulasi berlaku sebelum wanita mencapai orgasme.

Gangguan ini boleh semakin kuat jika disertai dengan adanya perasaan cemas atau stres misalnya takut pasangan hamil, cemas akan penampilan atau ada tekanan yang dirasakannya.

Selain akibat faktor psikologi, ada juga faktor fizikal yang terlibat dalam gangguan ini seperti keradangan kelenjar prostat atau kelainan sistem saraf.

Jika puncanya ini maka diperlukan bantuan doktor untuk menangani keadaan yang mendasarinya.

Salah satu perkara yang cukup ditakuti oleh para lelaki ketika berada diatas ranjang adalah mengalami terpancut awal. Tetapi, keadaan ini boleh dielakkan dengan melakukan beberapa perkara.

Pakar mengatakan ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan berlakunya terpancut awal, iaitu:

1. Cuba untuk lebih sedar dengan tubuh sendiri dan bagaimana meresponsnya selama berkaitan seks. Keadaan ini boleh mempertahankan ghairah seks mulai dari terangsang sampai ejakulasi.

2. Cubalah ambil nafas dalam-dalam, hal ini boleh membantu mengganggu respons atau mengurangkan stres yang dialami sehingga boleh lebih santai atau rileks.

3. Saat berhubungan seks hidupkan seluruh tubuh dan jangan hanya tertumpu pada organ genital saja, gunakan belaian dan sentuhan manis untuk memanjangkan rangsangan.

4. Lakukan foreplay yang cukup dan tidak terburu-buru melakukan penetrasi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon