Tersentak dengan serbuan sepasukan polis Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya, pengunjung yang leka berhibur bertempiaran lari dari sebuah kelab malam di Jalan SS24/2 Taman Megah di sini, malam kelmarin.
Serbuan jam 9 malam itu berjaya menahan lapan wanita Filipina berusia 21 hingga 28 tahun dipercayai pelayan pelanggan (GRO).
Ketua Operasi, Asisten Superintendan Mohd Nazri Daud berkata, pemeriksaan lanjut mendapati enam daripada wanita yang ditahan mempunyai pasport manakala dua lagi tidak mempunyai dokumen perjalanan sah. “Polis menyerbu kelab malam ini berulang kali sebelum ini atas kesalahan sama tetapi mereka masih berdegil. “Siasatan awal tidak menolak pengusaha kelab malam ini turut menjalankan aktiviti pelacuran dengan mendapatkan wanita terbabit daripada ejen tertentu untuk dijadikan GRO,” katanya.
Menurutnya, siasatan turut mendapati pelanggan dibenarkan membawa pulang GRO yang diinginkan dengan harga ditentukan wanita itu sendiri.
Katanya, seorang wanita tempatan yang juga penjaga kelab berkenaan berusia 30-an ditahan untuk membantu siasatan.
Difahamkan kelab malam itu mempunyai lesen yang akan tamat pada Disember nanti.
-Hmetro
Gambar hiasan