Saturday, October 13, 2012

Pelajar Terkejut Terima Cek RM2.1 Trilion!


Seorang pelajar, Allen Smith menerima cek daripada Hal Ehwal Veteran (VA) RM1,988 ($650) setiap bulan.


Namun kali ini jumlah diterima mencecah setengah bilion dollar.

Smith yang berusia 22 tahun itu menerima cek daripada Jabatan Perbendaharaan untuk membantu menampung yuran pengajian kerana ayahnya pernah berkhidmat dalam Tentera Udara Amerika Syarikat.

Ibu Smith, Patricia Attwood Smith berkata, “dia segera pergi ke pejabat VA di Fort Benning dan memulangkan cek itu."

Dia kagum dengan anaknya itu dan tahu ayahnya turut akan berbangga dengan tindakan anaknya itu.

Sehingga kini, cek RM2,110,174,031 (AS$690,000,000) itu masih misteri.

Smith diberitahu bahawa cek itu mungkin tersalah cetak atau pejabat itu digodam.

Penyelia VA menjamin cek itu akan dikembalikan kepada yang berhak.

-Sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon